CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7312|Reply: 0

[Sabah] Tidak beri laluan ketika melalui jalan sempit punca gaduh di Kota Belud

[Copy link]
Post time 24-3-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode


GADUH: Keadaan pergaduhan yang dirakam sebelum ditularkan pengguna media sosial.

KOTA BELUD: Pergaduhan dua lelaki di kawasan laluan belakang tempat letak kereta berhampiran Jalan Tamu Minggu, di sini, dipercayai berpunca daripada provokasi kedua-dua pihak yang masing-masing tidak memberi laluan semasa melalui jalan sempit.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya mengesan satu kes video tular berkaitan pergaduhan dua lelaki berdurasi 42 saat yang dikongsikan di laman sosial Facebook.

Katanya, video yang dikongsikan memaparkan pergaduhan membabitkan dua lelaki menggunakan senjata.

"Hasil daripada siasatan polis mendapati pergaduhan terbabit berlaku jam 11,30 pagi, 22 Mac lalu di kawasan laluan belakang tempat letak kenderaan berhampiran Jalan Tamu Minggu, di sini.

"Kejadian berlaku berpunca daripada provokasi kedua-dua pihak yang masing-masing tidak memberi laluan semasa melalui jalan sempit," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam.

"Mana-mana saksi awam yang melihat kejadian itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud untuk membantu siasatan atau boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Izhafizan Haron di talian 014-6318003.

"Pihak polis ingin menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan kes ini yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, dua lelaki gempar di media sosial semalam selepas menunjukkan masing-masing 'berperang' menggunakan parang dan besi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.820970 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list