CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7262|Reply: 0

[Sabah] KKM diminta tangani isu kekurangan doktor di Hospital Tawau

[Copy link]
Post time 24-3-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode


SAHUR: Liew (kiri) ketika menyampaikan juadah sahur kepada jururawat Hospital Tawau yang bertugas.

TAWAU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta supaya menangani isu kekurangan doktor pakar dan kakitangan di Hospital Tawau ketika ini.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fah berkata, isu kekurangan doktor di daerah ini sudah lama berlaku dan perlu ada tindakan segera daripada pihak KKM.

Katanya, sebagai salah seorang pemimpin di daerah ini selalu mendengar keluhan orang awam mengenai isu kesihatan terutamanya mereka yang memerlukan rawatan pakar.

“Kebanyakkan mereka yang memerlukan rawatan pakar terpaksa dihantar ke Kota Kinabalu kerana di Tawau masih kekurangan doktor pakar untuk mengendalikan kes-kes penyakit kronik.

“Situasi itu sangat menyukarkan pesakit dan keluarga mereka kerana terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk datang ke Kota Kinabalu mendapatkan rawatan pakar,” katanya.

Liew berkata, baru-baru ini pihaknya telah membantu seorang bayi berusia tiga tahun yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan rawatan pakar dengan segera.

“Mujur, pihak KKM dapat membantu menghantar pakar ke Tawau dengan segera untuk memberi rawatan dan kini penyakit bayi terbabit sudah beransur sembuh,” katanya.   

Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan Desa Sabah berkata demikian ketika menyampaikan lebih 300 juadah sahur kepada orang awam dan kakitangan di Hospital Tawau, di sini awal pagi tadi. Turut hadir, Timbalan Pengarah Hospital Tawau, Dr Azman Ibrahim.

Mengulas lanjut, katanya, bangunan Hospital Tawau yang baharu akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat dan ia dijangka menyediakan fasiliti rawatan yang canggih serta serba lengkap.

Bagaimanapun, katanya, semua fasiliti itu tidak memberikan makna sekiranya isu kekurangan doktor pakar dan kakitangan masih berlaku di di sini.

“Justeru, saya akan berjumpa dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor untuk membincangkan isu kekurangan doktor pakar dan kakitangan yang berlaku di Hospital Tawau.

“Saya percaya isu ini akan dapat diselesaikan dengan segera kerana kerajaan yang ada hari ini memang sangat prihatin dengan masalah rakyat,” katanya.

Liew ketika mengulas mengenai program agihan juadah sahur berkenaan berkata, pihaknya mengambil inisiatif ini sebagai tanda keprihatinan dan menghargai pengorbanan kakitangan hospital di sini.

Katanya, ia juga adalah amanat daripada Ketua Menteri supaya memperbanyakkan membantu masyarakat dalam bulan Ramadan ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah dan timbalan pengarah Hospital Tawau kerana memberi kesempatan kepada kami untuk menganjurkan program agihan juadah sahur di sini,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada bayi terbabit, Lin Fang Voo menzahirkan terima kasih kepada pihak Hospital Tawau terutamanya doktor dan jururawat yang telah merawat anaknya sehingga sembuh.

“Saya juga berterima kasih kepada Tan Sri Liew kerana membantu dan mengatur doktor pakar untuk merawat anak saya yang menghidap penyakit jangkitan kuman paru-paru.

“Selama 20 hari di ICU, semua doktor dan jururawat telah menjaga anak saya dengan baik dan kini dia sudah berada di rumah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.069713 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list