CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10831|Reply: 0

[Kedah] Kecekalan tukang jahit kerdil raih kepercayaan pelanggan

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:52 PM | Show all posts |Read mode

Nurul Izzah berketinggian 120 sentimeter (cm) gigih menyiapkan baju raya tempahan pelanggan di rumahnya di Kampung Petani Merbau Kudung, Tasek Gelugor.- Foto NSTP/ Danial Saad

BUTTERWORTH: Bertubuh kerdil dengan ketinggian hanya 120 sentimeter (cm) tidak menjadi halangan seorang tukang jahit di Kampung Petani Merbau Kudung, di sini menerima tempahan menjahit baju raya.

Kelainan fizikal itu turut membuatkan Nurul Izzah Mohd Asri, 26, terpaksa menggunakan bantuan kerusi untuk mengambil ukuran pelanggan.

Seperti tukang jahit lain yang sibuk menyiapkan tempahan pakaian raya pelanggan, Nurul Izzah juga tidak menang tangan, malah terpaksa menutup tempahan sejak Januari lalu kerana bimbang, tidak mampu menyiapkan pakaian ditempah berikutan tiada pembantu.

Menurutnya, dia bersyukur kepercayaan orang ramai terhadap insan sepertinya kian meningkat apabila diberi kepercayaan untuk menjahit pakaian mereka yang ingin digayakan di pagi raya.


Anak keempat daripada lima beradik ini berkata, tempahan diterima tahun ini lebih 60 pasang baju iaitu meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun lalu.

"Saya mula menjahit baju sepenuh masa pada tahun lalu selepas tamat pengajian pada 2019. Pada awalnya, tidak banyak tempahan, hanya dalam kalangan orang kampung di sini sahaja. Kini kepercayaan kepada saya semakin bertambah apatah lagi apabila ada pemimpin tempatan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudi menggunakan khidmat tukang jahit seperti saya.

"Paling penting, pelanggan memahami keadaan fizikal saya tetapi mereka masih menghantar kain untuk dijahit kerana mereka percaya akan kemampuan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Nurul Izzah berkata, dia menetapkan harga jahitan bermula RM50 mengikut jenis fesyen dan harga dikenakan tidak membebankan pelanggannya.

"Tahun ini saya terpaksa menaikkan sedikit harga tempahan disebabkan kenaikan kos harga barangan jahit seperti zip, benang dan lalin-lain lagi.

"Bagaimanapun, harga tempahan dikenakan tidak membebankan pelanggan kerana saya memikirkan, rata-rata pelanggan saya adalah penduduk kampung sini termasuk anak yatim, ibu tunggal dan warga emas," katanya.

Nurul Izzah berkata, dengan keupayaannya yang terbatas setiap hari dia gigih berusaha menyiapkan tempahan baju raya pelanggannya dan ia bermula seawal jam 11 pagi hingga lewat malam.

"Dalam satu hari saya boleh jahit, dua pasang baju dan ada masa lebih kerana ada pelanggan yang memberi baju contoh maka mudah untuk saya menyiapkannya.

"Bagi pelanggan yang datang mengambil ukuran, ada cabaran sikit bagi saya dan memerlukan lebih masa. Dengan keadaan saya yang kerdil ini, saya perlu mengambil ukuran mereka dengan naik atas kerusi manakala untuk memotong kain memerlukan ruang begitu besar," katanya.

Menurut Nurul Izzah, sebelum ini ini dia meminati bidang masakan tetapi percubaannya secara 'suka-suka' mempelajari asas jahitan, membawa dirinya menceburi bidang fesyen.

"Lagipun dengan fizikal saya seperti ini amat bahaya jika saya menjadi tukang masak kerana dapur yang tinggi. Ibu juga mengesyorkan saya mempelajari bidang jahitan dan kini ternyata menampakkan hasil," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... percayaan-pelanggan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.076933 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list