CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8043|Reply: 0

Siapa sebenarnya Rifdean?

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:34 PM | Show all posts |Read mode

Rifdean meraikan kejayaannya menumbangkan Pichai Lookbanmai kelmarin.

KUALA LUMPUR: Nama Mohd Rifdean Masdor 'meletup' semalam susulan kemenangannya dalam penampilan sulung di ONE Championship di Bangkok, Thailand.

Mungkin ramai yang baru mendengar nama Rifdean di atas kemenangan dalam pertarungan yang berprestij itu tetapi dia sebenarnya sudah menempa nama di pentas antarabangsa sejak usia remaja lagi.

Rifdean, 21, yang diberi julukan 'Magic Boy' adalah juara dunia bawah 23 tahun sebanyak tiga kali berturut-turut bermula edisi 2021 di Thailand diikuti 2022 (Emiriah Arab Bersatu) dan 2023 (Thailand).

Sebelum itu, dia turut merangkul gelaran remaja dunia 2019 yang berlangsung di Turkiye selain memenangi pingat emas Sukan SEA Filipina pada tahun sama.


Atlet kelahiran Sarawak itu juga adalah juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 dan 2022.

Semalam, Rifdean memulakan langkahnya dalam ONE Championship dengan penuh bergaya apabila hanya memerlukan 78 saat bagi menumbangkan lawannya dari Thailand, Pichai Lookbanmai menerusi Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee.

Kemenangan itu membolehkan Rifdean yang mewakili pasukan Sor Sommai membawa pulang bonus sebanyak 350,000 baht (RM45,700).

Di sebalik kejayaan itu, Rifdean enggan mendabik dada kerana menyifatkan perjalanannya masih panjang.

Dia memberi jaminan dia akan terus bekerja keras untuk melakar lebih banyak kejayaan sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

"Saya amat berterima kasih atas sokongan anda terutamanya keluarga saya, jurulatih dan pasukan saya dari Malaysia.

"Pencapaian ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa mereka.

"Saya komited untuk terus bekerja keras dan berusaha untuk kecemerlangan dalam semua yang saya lakukan. Syukur Alhamdulillah," kata Rifdean.

INFO

Nama: Mohd Rifdean Masdor

Umur: 21 tahun

Nama julukan: Magic Boy

Tempat lahir: Sarawak

Kelab: Sor Sommai/Headhunter Academy Ipoh

Wakil negeri: Perak

Jurulatih: Bernard Radin

Pencapaian:

- IFMA Juara Muaythai Dunia Senior U23 2023 Thailand -51kg

- IFMA Juara Muaythai Dunia Senior U23 2022 Abu Dhabi -48kg

- IFMA Juara Muaythai Dunia Senior U23 2021 Thailand -48kg

- IFMA Juara Muaythai Remaja Dunia 2019 Turkiye -45kg

- Pingat Emas Sukan SEA Filipina 2019 -45kg

- Sukma 2022 Muaythai - Emas

- Sukma 2018 Muaythai - Emas

Rekod ONE Championship: 1-0

Pichai Lookbanmai (Thailand) - TKO - 78 saat - ONE Friday Fights 56
https://www.bharian.com.my/sukan ... -sebenarnya-rifdean
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 1.031654 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list