CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8163|Reply: 0

[Kedah] Penduduk Taman Bandar Baru tertekan masalah air

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode

.Penduduk Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini membawa baldi bagi menunjukkan tiada bekalan air di rumah mereka. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Sungai Petani: Kira-kira 2,000 penduduk Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, di sini, mendakwa urusan harian mereka terganggu akibat masalah gangguan bekalan air sejak tiga tahun lalu belum selesai.

Keadaan bertambah buruk pada musim panas ini apabila bekalan air kerap terputus selama beberapa hari.

Penjual bunga K Manamony, 60, berkata dia terpaksa bersengkang mata semata-mata mahu menunggu bekalan air bermula 2 pagi hingga 5.30 pagi setiap hari.

Menurutnya, musim kemarau kali ini paling teruk kerana menjejaskan bekalan air paip penduduk.


"Setiap malam saya tak tidur kerana tunggu bekalan air dan simpan air sebanyak mungkin untuk kegunaan keluarga.

"Tapi sejak akhir-akhir ini, kami tak terima bekalan air selama dua tiga hari, memang ada penghantaran air menggunakan lori tapi bekalannya terhad," katanya yang menetap di situ sejak 35 tahun lalu.

Penduduk lain, R Ganesan, 50, mendakwa ibu mentuanya, A Rukumany, 72, yang meninggal dunia sejak lebih setahun lalu turut tertekan dengan gangguan bekalan air sebelum ini.

Menurutnya, sebelum meninggal dunia, ibu mentuanya sering merungut kerana terlalu letih berdepan gangguan bekalan air selain perlu berjaga malam untuk menadah air.

"Ibu mentua saya tak boleh duduk diam, dia tetap akan lakukan kerja di rumah dan bantu isteri saya.

"Saya nampak dia tertekan dengan gangguan bekalan air sehingga jatuh sakit, akhirnya dia meninggal dunia kerana masalah jantung," katanya.

Penduduk, M Vani ,47, berkata dia terpaksa mencuci pakaian di dobi selain membeli makanan kerana rumahnya sering mengalami gangguan bekalan air.

Katanya, biarpun bekalan air sukar diperolehi, namun bil air yang perlu dibayar meningkat daripada RM30 kepada RM45 sebulan.

"Pada masa sama kami mungkin dikompaun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) kerana dikhuatiri tempat simpanan air kami menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ertekan-masalah-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.259302 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list