CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7817|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ramai tak sedar harga beras import sudah turun

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode

SRINU menunjukkan harga beras putih import yang dijual turun sebanyak RM2 bagi pek 10 kg dan RM1 untuk 5 kg. FOTO Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Kebanyakan peniaga sudah menurunkan harga beras putih import (BPI) sebanyak RM2 bagi 10 kilogram (kg) dan RM1 untuk 5 kg selaras dengan hasrat kerajaan.

Peniaga, Srinu Chintapalli, 24, berkata, pihaknya menjual BPI untuk 10 kg pada harga RM36.50 sehingga RM37.50.

"Harga beras import untuk 10 kg yang paling mahal saya jual RM37.50 dan paling murah RM36.50.

"Bagi beras pek 5 kg, sebelum ini saya jual pada harga RM17.50 tetapi kini turun kepada RM16.50," katanya ketika ditemui di Chow Kit hari ini.


Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan penurunan harga beras import antara RM2 hingga RM3 yang dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Mengulas lanjut, Srinu berkata, walaupun harga BPI mengalami penurunan tetapi masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Seorang lagi peniaga, Banu Abd Ajis, 55, berkata, dia juga menurunkan harga BPI sebanyak RM2 bagi beras 10 kg dan RM1 untuk 5 kg.

"Sebagai contoh, bagi beras 10 kg Cap Masjid, harga sekarang saya jual RM37.50 berbanding sebelum ini RM39.50.

"Manakala bagi beras Jati (pek) berwarna biru, harga terkini adalah RM38 berbanding sebelum ini dijual pada harga RM40," katanya.

Menurutnya, bagi beras pek 5 kg Cap Masjid, dia kini menjual pada harga RM19.50 berbanding RM20.50 sebelum ini.

"Beras Jati untuk pek 5 kg harga terkini saya jual RM20 berbanding RM21 sebelum ini," katanya.

Dia juga mengakui orang ramai masih lagi tidak sedar BPI mengalami penurunan disebabkan jumlah RM1 ke RM2 itu angka yang kecil.

"Orang ramai tak sedar harga beras ini sudah turun sebab RM1 ke RM2 ini tak banyak. Daripada segi untung pula, kami yang menjual beras ini tak ada untung sangat. Hanya peroleh 50 sen ke RM1 saja daripada penjualannya," katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Mohd Rizuan Abd Halim, 36, berkata, penurunan itu dapat meringankan sedikit beban perbelanjaan harian yang ditanggung olehnya.

Dia berkata, ini disebabkan harga BPI di pasaran sebelum ini dijual pada harga yang sangat mahal.

"Bila harga beras turun, ia kurangkan sedikit beban saya. Sebelum ini harga BPI ini sangat mahal sampai RM40 untuk pek 10 kg.

"Jadi langkah yang diambil oleh kerajaan mengurangkan harga BPI ini bagus. Itu yang kita nak.

"Ini menunjukkan kerajaan ambil kisah rungutan orang ramai. Takkan kerajaan nak biarkan harga BPI ini berterusan meningkat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -import-sudah-turun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.201682 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list