CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7768|Reply: 0

[Selangor] Penghantar makanan maut rempuh belakang lori

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode

PENGHANTAR makanan maut selepas merempuh belakang lori di lorong kecemasan di Kilometer 4.7 Lebuhraya LATAR, arah Kuala Selangor, petang semalam. FOTO tular

Kuala Selangor: Penghantar makanan maut selepas merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 4.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) arah Kuala Selangor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 19 tahun yang menunggang Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 45 tahun dari Bukit Bintang, Kuala Lumpur ke Kuala Selangor.

"Ketika berada lorong kiri, tayar hadapan sebelah kiri kenderaan itu meletup dan bocor.


"Pemandu berjaya mengawal lorinya dan perlahan masuk ke lorong kecemasan untuk menukar tayar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, semasa lori itu dalam keadaan bergerak, mangsa tiba-tiba merempuh bahagian belakang.

Menurutnya, akibat kemalangan itu penunggang motosikal disahkan maut dan mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empuh-belakang-lori
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 1.162640 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list