CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32740|Reply: 1

Chong Wei mahu pemain jauhi media sosial

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode

Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei (tengah) mahu pemain lupakan media sosial tetapi sedar ia agak sukar ketika ini. – Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei mengingatkan pemain badminton negara supaya benar-benar fokus dalam persiapan menghadapi saingan Piala Thomas-Uber di Chengdu, China dari 27 April hingga 5 Mei depan.

Pada majlis undian di Chengdu semalam, skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan D bersama Denmark, Hong Kong dan Algeria manakala pasukan wanita dalam Kumpulan B bersama Thailand, Taiwan dan Australia.

Sejak kali terakhir menjuarai Piala Thomas pada 1992, pencapaian terbaik Malaysia selepas itu adalah dua kali muncul naib juara pada edisi 2002 di Guangzhou dan 2014 di New Delhi.

Chong Wei yang mengetuai cabaran negara pada 2014 berkata, adalah penting untuk pemain benar-benar fokus bagi menghadapi 'Piala Dunia' bagi badminton itu dan mengelakkan diri daripada sebarang gangguan luar yang tidak diperlukan.


Katanya, skuad lelaki negara mempunyai potensi untuk melangkah ke suku akhir selaku juara kumpulan.

"Berdasarkan undian, saya percaya kita boleh muncul juara kumpulan. Namun, pasukan perlu sentiasa merendah diri dan bekerja sebagai satu pasukan.

"Saya mahu pemain menjauhkan diri daripada media sosial sehinggalah tamat Piala Thomas tetapi ia sangat mustahil pada hari ini.

"Nasihat saya kepada pasukan, elakkan diri daripada sebarang gangguan yang tidak perlu. Sebaliknya, kekal fokus bagi melakukan persiapan menghadapi kejohanan kali ini," katanya.

Pada edisi 2014, skuad Piala Thomas negara mencipta kejutan apabila menewaskan Korea Selatan (peringkat kumpulan), Denmark (suku akhir) dan Indonesia (separuh akhir) sebelum tewas 2-3 kepada Jepun di final.

Menurut Chong Wei, tiada apa yang mustahil dalam kejohanan berpasukan tetapi ia memerlukan semangat berpasukan yang tinggi.

"Adalah penting untuk kita mengadakan kem latihan pusat sebelum kejohanan, tidak kira di Malaysia atau luar negara.

"Pada 2014, tiada siapa jangka kami boleh mara ke final tetapi kami berjaya melakukannya kerana kami bersatu hati sebagai satu pasukan.

"Saya percaya jurulatih Rexy (Mainaky) tahu apa yang terbaik. Beliau pernah memenangi Piala Thomas dan seorang jurulatih yang amat berpengalaman," kata Chong Wei.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -jauhi-media-sosial
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 05:38 PM | Show all posts
Semoga pemain baharu mendengar kata/nasihat daripada DLCW
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.053111 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list