CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15595|Reply: 19

[Tempatan] 'Kenaikan harga tiket bas 42 peratus tidak patut'

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode
'Kenaikan harga tiket bas 42 peratus tidak patut'

https://www.bharian.com.my/berit ... peratus-tidak-patut

Oleh Ercy Gracella Ajos - Mac 23, 2024 @ 4:05pm
bhnews@bh.om.my


Kebanyakan pengguna berpendapat kenaikan harga tiket bas eksekutif sebanyak 42 peratus tidak berpatutan. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga tiket bas eksekutif sebanyak 42 peratus tidak berpatutan, lebih-lebih bagi mereka yang berkeluarga, kata pekerja swasta, Muhammad Aiman Mohd Yunus, 25.

Beliau berkata, tiket bas mencecah RM70 amat membebankan, khususnya bagi golongan yang berkeluarga dan kurang berkemampuan.

"Kebanyakan mereka yang menaiki bas, tidak berkemampuan. Kalau seorang RM70 untuk sehala, berapa ratus ringgit dihabiskan untuk pengangkutan saja dan ini seperti diskriminasi untuk mereka yang berkeluarga.

"Kalau bujang seperti saya, masih boleh buat pilihan sama ada pulang naik bas atau kapal terbang. Bezanya, harga sedikit mahal dan masa.

"Tetapi bagi yang berkeluarga, agak kasihan sebab mereka tiada pilihan. Kalau naik kapal terbang, kos lebih mahal apatah lagi jika ramai, jadi mereka terpaksa naik bas juga," katanya kepada BH.

BH semalam melaporkan, pengusaha bas ekspres di Pantai Timur dijangka menaikkan harga tiket bas eksekutif sebanyak 42 peratus iaitu dari RM44 kepada RM75, dalam masa terdekat.

Perkara itu diputuskan menerusi perbincangan membabitkan pengusaha bas di Pantai Timur berikutan kos semakin meningkat, manakala negeri lain sudah lama menaikkan harga.

Muhammad Aiman berkata, tiket bas berharga RM60 hingga RM70 tidak berbaloi lebih-lebih lagi pada musim perayaan yang perlu mengharungi kesesakan berjam-jam lamanya.

Seorang lagi pengguna, Zaiton Lat, 29, berkata kenaikan harga sebanyak 42 peratus sangat tinggi dan membebankan.

"Harga tiket bas biasa untuk pulang ke Temerloh setakat ini hanya RM11.50. Kalau musim perayaan, memang cepat habis. Kalau terdesak, saya terpaksa beli juga tiket bas eksekutif yang tinggal dengan harga RM60.

"Bagaimanapun, saya akan buat pertimbangan dahulu sama ada nak balik atau tidak. Kalau tiada keperluan saya tidak akan beli tiket dan pulang ke kampung," katanya.

Seorang lagi pengguna yang hanya ingin dikenali Nazir turut mengakui, harga tiket bas meningkat berbanding sebelumnya.

Katanya, terdapat perbezaan harga yang ketara terutamanya antara tiket bas ekonomi dan tiket bas eksekutif pada tempoh bukan perayaan.

Katanya, tidak mustahil harga tiket bas bagi tempoh perayaan meningkat secara mendadak kerana ada permintaan yang tinggi oleh pengguna dari Lembah Klang ke Pantai Timur.

"Keterbatasan sistem pengangkutan awam yang lebih lancar juga mempengaruhi pengguna untuk menaiki bas kerana ia satu-satunya pilihan yang ada jika tiada kenderaan peribadi.

"Saya sendiri agak terbeban apabila ada perubahan harga biarpun naik dari tempat yang sama," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyahlah balik kpg utk ber raya ..Raya la kat tempat kerja..dpt triple pay lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 23-3-2024 10:29 PM
Takyahlah balik kpg utk ber raya ..Raya la kat tempat kerja..dpt triple pay lagi..

Daripada triple pay, lagi best kalu threesome
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Naik bas lompat lompat
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga tiket bas mahal? Pilihan di tangan pengguna - Menteri

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 11:26 AM | Show all posts
huih dah dah sama mcm naik ets
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Naik je la bas ekslusif..

Sbb tu la iols beli keta jugak.. tak sanggup nak berebut tiket bas.. org jaman dolu2 tak paham masalah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenaikan tiket bas tak membebankan rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 03:39 PM | Show all posts
tiap2 tahun naik dari zaman najib
ada je alasan dorang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
PH menang rakyat senang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 04:28 PM | Show all posts
MADANI dah berjaya nokhtahkan kemiskinan.
Sebab tu kenaikan 42% tiket bas memang wajar. Patut naik 100%.
Acik forum terpaling hebat, depa naik private heli ke mana2
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 05:03 PM | Show all posts
kalau tiket bas mahal, boikot lah raya, pilihan di tangan anda
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 05:02 AM | Show all posts
These days kalau household income 4-5k tak sesuai dah beranak sampai 5 orang...sebab setiap tahun harga brg dan perkhidmatan akan naik, itu fakta...negara mana je dlm dunia ni x naikkan harga? Sentinel island mungkin la sebab mereka self sufficient...hidup seadanya xde import export, inflasi mahupun currency exchange



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 25-3-2024 05:02 AM
These days kalau household income 4-5k tak sesuai dah beranak sampai 5 orang...sebab setiap tahun ha ...

sentinel island, pakai baju pun takkkkkkk


kita... body 1 aje... tapi beli baju macam kan ada clone 5 org lain ... tapi kita ok lagi.. beli baju yg kita boleh pakai & mmg lawa lah baju tu sesuai dgn kita... hanis haizi lagi kesian... beli baju semua tak kena dgn body dia, dia beli byk2 utk apa pun tak tahu

Disclaimer: hanis haizi adalah seorang perempuan yg perasan dia influencer, padehal dia yg ter-influence dgn acik2 porom
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 23-3-2024 10:29 PM
Takyahlah balik kpg utk ber raya ..Raya la kat tempat kerja..dpt triple pay lagi..

i rasa ramai je org zaman skrg yg tak balik raya, tapi tiket bas habis terjual sbb mmg penduduk malaysia dah bertambah.. Zaman skrg musim raya org makan angin pun ramai... i musim raya pegi camping dgn anak2 tapi bukan camping yg menyusahkan la.. acah2 camping je pakai motorhoem
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 25-3-2024 05:19 AM
i rasa ramai je org zaman skrg yg tak balik raya, tapi tiket bas habis terjual sbb mmg penduduk ma ...

Sis ni kat overseas ka? Kat mesia nih nak travel..
Bercamping guna motor home mcm kureng sikit..
Bckp pasal trend bercuti masa raya nih..org non Muslim mmg dok buat lama dah..kita sibuk drive balik kpg..dia pun pun sibuk drive nak balik kpg dan bercuti juga..kwn aii yg muslim pun ada gak...dulu dulu kawan aii ada buat..dia satu famili gi betnam time raya haji..aii diam je tak komen kat dia..walaupun dlm hati aii dok meronta ronta nak komen..ko dah takde sedara mara kat kpg ke nak celebrate raya....
Now aii dah faham knp..some people malaih nak jumpa sedara mara yg toksik, yg asyik dok tanya soalan2 cliche bila lama x jumpa, ala ala acik bawang dok soal jawab etc etc yg most of people malaih nak jawab tu..
Better for them gi jln jln melancong sambil feeling2 sambut raya kat oversea..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 08:32 AM | Show all posts
dari zaman aku belajar sampai laaa aku kerja...

tiap2 kali raya isu sama naik.... pengusaha selama ni takkan elok untung bulan2 biasa, tetiba datang raya jadi rugi?? patutnya raya lagi la untung sebab tiket laku keras..

tiap2 raya pengusaha bagi alasan spare part mahal la, itu la ini la minta boleh naikkan harga tiket..

kerajaan pun bodo je ikut..

aku ingat lagi zaman belajar, beli tiket tetiba kena caj mahal dari biasa..dulu RM35- RM38 kot... tetiba aku beli tu kena RM45.. bas bodo biasa je..

aku report kt SPAD (suruhanjaya pengangkutan awam darat); sekarang jadi APAD..

dia balas kadar tambang masih di bawah siling.. kejadah....


sama lepas2 tu pengusaha komplen tak untung, barang sparepart mhal, kerajaan bagi naik harga tiket masa raya....tup2 sampai lepas raya, sampai ke sudah harga tiket tak turun balik.. pengusaha buat bodo, kerajaan 2x buat bodo..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 25-3-2024 06:25 AM
Sis ni kat overseas ka? Kat mesia nih nak travel..
Bercamping guna motor home mcm kureng sikit..
B ...

i kat jb lah... masih dlm malaysia Dulu beli motorhome sbb anak2 dah besar tak muat dah nak naik keta/mpv , mpv lagi la tak suka sbb baju ronyok2 kena gosok semula kalau nak pegi kenduri/event sbb storage very limited... anak sulung dpt lesen keta je terus pakai 2 keta tapi lain2 keta perjalanan rasa tak best sbb tak jumpa anak2.. .. bila dah beli motorhome baru je  berjinak2 nakcamping tapi camping bukan adventure sgt pun cari camping site yg ada toilet & facilities.. adik beradik ramai dah bercucu, tak brp suka nak menempel kat keluarga org.. i pun patutnya dah bercucu sbb anak sulung dah 27 tahun tapi anak2 i lain sikit dia punya dependent kat parents (akibat dari salah didikan , tapi i redha je la skrg , rebung dah jadi buluh tak boleh lentur sgt dah) ... Raya je 1-1 nya cuti yg semua org cuti pada waktu yg sama dlm setahun.. cuma motorhome ni mmg slow la... rasa tak sampai2
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 25-3-2024 08:48 AM
i kat jb lah... masih dlm malaysia  Dulu beli motorhome sbb anak2 dah besar tak muat dah nak  ...

Post la sikit gambaq motorhome tu...mana tahu terserempak..boleh hon pjg pjg..he he he
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 24-3-2024 11:19 AM
Harga tiket bas mahal? Pilihan di tangan pengguna - Menteri

"...atau tuan2,puan2 naik jer la lori ayam"-Saiya Ulang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.391939 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list