CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12213|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pemilik bagasi belum tampil beri keterangan

[Copy link]
Post time 23-3-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode

WANG tunai yang ditemui dalam sebuah beg di tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah. FOTO Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Syarikat mendakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemui tempat letak kenderaan sebuah pusat beli belah di Damansara, Petaling Jaya, adalah milik mereka belum tampil memberi keterangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis menerima laporan daripada pengarah syarikat berusia 40-an kelmarin.

"Ketua Balai Polis Damansara sudah memanggil pengadu terbabit untuk memberi keterangan.

"Namun pengadu gagal hadir dengan pelbagai alasan seperti menghadiri mesyuarat dan sakit," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Harian Metro terdahulu melaporkan, pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara menemui bagasi berisi wang tunai di tempat letak kenderaan.

Hussein dilaporkan berkata, siasatan mendapati beg itu berisi wang kertas not RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

Beliau berkata, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak memfokus kepada lokasi bagasi ditemukan dan meminta pemilik bagasi tampil beserta bukti jika ingin menuntut wang berkenaan.

Susulan itu, polis menerima laporan daripada sebuah syarikat yang mendakwa bagasi berkenaan milik mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pil-beri-keterangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.256277 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list