CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12038|Reply: 0

[Johor] Imam meninggal usai baca al-Fatihah ketika solat subuh

[Copy link]
Post time 23-3-2024 03:21 PM | Show all posts |Read mode

MUSA menunjukkan rakaman video CCTV ketika Allahyarham Mohd Razif Hussin (gambar kecil) mengimamkan solat subuh pada pagi Jumaat sebelum rebah Masjid Jamek Kampung Sermin, Segamat, semalam.

SEGAMAT – Seorang imam tiba-tiba rebah ketika sedang mengimamkan solat subuh pada hari Jumaat di bulan Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sermin, Segamat awal pagi semalam.

Video rakaman televisyen litar tutup (CCTV) berdurasi 45 saat di masjid berkenaan tular memaparkan saat-saat akhir Mohd. Razif Hussin, 62, yang sedang mengimamkan solat dihadiri kira lebih 15 jemaah.

Allahyarham yang merupakan Imam 1, Masjid Jamek Kampung Sermin dilihat tiba-tiba rebah sebelum dibantu beberapa jemaah yang terkejut dengan kejadian berkenaan.

Menurut Musa Atan, 60, sewaktu kejadian berlaku kira-kira pukul 6.18 pagi, tiba-tiba Mohd. Razif terhuyung-huyung ketika selesai membaca surah Al-Fatihah di rakaat pertama.

“Melihat keadaannya itu, beberapa jemaah yang berada berhampirannya cuba menyambutnya.

“Kami baringkan dan riba dia serta turut memberi pertolongan cemas kepada arwah sambil mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui di Kampung Sermin di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihak polis ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

“Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ketika-solat-subuh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.199057 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list