CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16140|Reply: 117

[Tempatan] Edisi Kelantan: 'Anak-anak di perantauan enggan pulang beraya jika isu air gagal selesai'

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode
'Anak-anak di perantauan enggan pulang beraya jika isu air gagal selesai'
Oleh
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
22 Mac 2024 02:59pm

Sebahagian daripada penduduk di Kampung Kemubu, Dabong, Kuala Krai melahirkan rasa kecewa berhubung masalah air yang dihadapi mereka

KUALA KRAI - "Bila buat aduan baru dapat bekalan air. Sampai bila?," itu persoalan yang dilontarkan penduduk di Kampung Kemubu, Dabong di sini mengenai masalah gangguan bekalan air yang menghantui mereka sejak setahun lalu.

Masalah itu menjadi lebih kronik apabila penghuni di 50 buah rumah di sini terpaksa menyambut Ramadan tanpa bekalan tersebut.

Hamidi menunjukkan tangki yang sebelum ini cukup untuk penduduk Kampung Kemubu, Dabong, Jeli, namun kini ia bermasalah selepas berkongsi dengan kampung lain.

Pengerusi Persatuan Warisan Anak Krai, Hamidi Hamzah berkata, mereka sudah hilang sabar selepas menerima 'ugutan' daripada anak-anak di perantauan yang enggan pulang beraya jika masalah itu gagal diselesaikan.

"Sekarang ini kami hidup dalam tekanan kerana air hanya akan keluar seminggu sekali, itupun selepas aduan dibuat.

"Bayangkan dari tahun lepas berapa banyak aduan yang kami terpaksa buat setiap kali mahukan air bersih.

"Sampai kami sudah muak untuk membuat aduan kerana masalah ini tidak pernah selesai," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Halimah dan suami terpaksa berulang alik menaiki motosikal membawa botol untuk memunggah air.

Menurut beliau, penduduk di sini terpaksa bersusah payah memunggah air dari kawasan kejiranan berhampiran menggunakan botol, bersengkang mata bermula jam 2 hingga 6 pagi untuk menadah air serta ada yang terpaksa mandi di sungai berhampiran.

"Hujung tahun lalu masih boleh bersabar sebab ada air hujan.

Hamidi menunjukkan air yang terpaksa disimpan disebabkan gangguan bekalan air berlaku.

"Setiap kali hujan penduduk akan menadah air untuk digunakan bagi kegunaan harian seperti memasak, mandi dan mencuci," katanya.


Bagi Aziz Ibrahim, 72, yang bekerja kampung berkata, pada cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini anak-anak dan cucu-cucunya terpaksa 'lari' ke lokasi lain kerana masalah air.

"Kepulangan yang dinantikan, sepatutnya kami boleh berkumpul beramai-ramai. Tetapi bila air setitik pun tidak keluar siapa yang boleh tahan.

"Tidak lama lagi Syawal, saya dan isteri sudah gelisah. Bukan memikirkan baju baharu, atau juadah raya. Tetapi memikirkan macam mana kami hendak kumpul air yang banyak bagi menyambut kepulangan anak-anak serta cucu," katanya.

Dia memberitahu, di kampung tersebut terdapat satu tangki besar yang sebelum ini boleh menampung keperluan semua penduduk sehinggalah tangki tersebut terpaksa dikongsi bersama penduduk di Kampung Gua Chatok dan masalah bekalan air bersih mulai berlaku.

"Tetapi yang kami pelik, bila buat aduan. Elok air keluar.

"Lepas itu jadi balik. Lepas itu buat aduan balik, keluar balik air. Begitulah rutin kami perlu lakukan, sampai bila?," katanya.

Suri rumah, Halimah Mat Zain, 61 memberitahu dia hanya mampu mencuci pakaian seminggu sekali.

Menurutnya, malah setiap hari dia dan suami perlu berulang alik menaiki motosikal membawa botol untuk memunggah air.

Ujarnya, sepanjang Ramadan mereka mengalami kepenatan melampau serta sukar melakukan ibadah dengan sempurna kerana masalah air.

"Kami merayu, tolong selesaikan masalah ini segera. Kami sudah penat hendak buat aduan," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
"Tidak lama lagi Syawal, saya dan isteri sudah gelisah. Bukan memikirkan baju baharu, atau juadah raya. Tetapi memikirkan macam mana kami hendak kumpul air yang banyak bagi menyambut kepulangan anak-anak serta cucu," katanya.
_____
Nak buat camne bang.. Mu nak air ke nak isley?
Apa kata tahun ni insist raya kat sha aley rumah anak2 yg bersedap sedapan nikmati kemudahan negeri maju tapi ujung2 kelik sana pangkah bulan gak.  Yg merana yg tinggal sana, abe dgn mek gok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuala cry..
Mana la famri7 Ni.
Masih cry cry lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah pulang la, duk je negeri kau merantau tu dan bersyukur kat sana.. cukup dengan kerosakan ko bawak balik dek undi2 jahanam korang, dan jugak memburukkan nama negeri kau kat mata orang lain dengan akhlak buruk kau.. kau cari makan negeri orang tapi sibuk perlekeh tempat dorang, bila kau balik sibuk perlekeh orang kampung pulak, konongnya kau orang bandor, ada kerlas gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu sbb air xdok xsey balik kapung,kamu belum cukup kelantan lagi la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul sekarang di seluruh negeri Kelantan krisis air sangat teruk. Orang politik masih membisu seribu bahasa. Daerah Kota Bharu sendiri pun hanya kawasan bandar, kawasan kilang dan rumah tepi paip besar saja ada air. AKSB hanya pandai menyalahkan air masin di sungai Pengkalan Datu, atau musim kemarau, lepas tu wat bodo jah. Tengok sajalah facebook AKSB, 99% komen negatif, bulan puasa pun kena sumpah seranah oleh orang Kelantan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
abes tu berjuta tiket bas habis dlm masa 2jam je tu apa??
mujur la ummah kelate tak blk kg beraya

pemerintah negeri tak malu ke krisis sama je ulang2 berpuluh tahun. air dgn kelate ni mmg musuh ke apa???
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 09:46 AM | Show all posts
Nak pembangunan kena ada duit. Nak duit kena ada pembangunan. ECRL yg siap tu pun kalau isi air ni masih tak selesai mungkin tak dapat menarik pelabur untuk melabur ke Kelantan. Kelantan dalam keadaan begini mungkin kena tarik pemimpin muda yg dinamik yg pandai bekerja. Orang Kelantan kalau ikut bijak belaka tapi semua kerja kat luar.
Teringat ke kawan aku ore kelate..dia bijok sikit..asal raye dia sambut kat Phuket..rilkes je aku tengok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba minta sedekah kat Facebook macam iklan sekolah tahfiz yang bersepah kat Facebook tu.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
salahkan anak-anak kau la yang balik undi parti lembam..
pastu balik shak aley subey gombok bersenang lenang nikmati kemudahan..
mak bapak kat kampung continue minum air tanah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 12:54 PM | Show all posts
sbg alternatif, anak2 bwk la makpak kt kpg tu beraya ke bandar dia duduk tu ha. boleh je kan? meriah jugak sbb yg penting berkumpul ramai2 anak-beranak, cucu-cicit.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruhlah anak2 yang nak balik pakat bawa balik air sorg sikit..habuan lepas cebok kincing vera..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 23-3-2024 11:13 PM
abes tu berjuta tiket bas habis dlm masa 2jam je tu apa??
mujur la ummah kelate tak blk kg beraya


Kannn...tak leh caya news skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nono86 replied at 23-3-2024 10:27 PM
Tak payah pulang la, duk je negeri kau merantau tu dan bersyukur kat sana.. cukup dengan kerosakan k ...

wow...lengkap,well said
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 23-3-2024 11:13 PM
abes tu berjuta tiket bas habis dlm masa 2jam je tu apa??
mujur la ummah kelate tak blk kg beraya


Mcmana la balik ramai2..air takde ...nak berak pun tak syok..toilet sure kotor gila ...
Kalau i..import je le family kelantan tu dtg beraya kat rmh anak2
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 01:19 PM | Show all posts
Apa kata makpak kelate tu kluar beraya negeri lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mu nok air ko nok isley.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 24-3-2024 01:04 PM
Mcmana la balik ramai2..air takde ...nak berak pun tak syok..toilet sure kotor gila ...
Kalau i..i ...

last cny iols ke kelate kazen kawen. weols dok hotel area wakaf cheyeh kenduri di pasir mas.
on tap keluar air kuning, shower air kuning. masuk 2nd day baru nmpk air putih. flush jamban lagi hazab
weols pakat2 mandi ala kadar, basuh muka beli air minuman. bilik sil, mil, semua la sedara mara sama je keadaan. agaknya satu hotel tu air gitu kot


area dlm artikel ni lagi hazab air lgsg takde
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 24-3-2024 02:28 PM
last cny iols ke kelate kazen kawen. weols dok hotel area wakaf cheyeh kenduri di pasir mas.
on t ...

Iols lama dh X pegi Kelantan...mmg tak rasa teringin nk pegi holiday sana...kalau hotel pun teruk, blh imagine la public toilet and toilet kat masjid mcmana...dulu2 I biasa ulang alik jln Kelantan tu nak ke utara...masuk Kelantan je kalau tetiba rasa nak pegi toilet mmg gerun...tak tau nak tuju mana.. toilet restaurant kotor, toilet masjid kotor....eeee ..mmg ngeri bila ingat
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 24-3-2024 02:34 PM
Iols lama dh X pegi Kelantan...mmg tak rasa teringin nk pegi holiday sana...kalau hotel pun teruk, ...

Tulahhhh, diharap kelantan cepat berubah dr segi kebersihan. Byk tempat boleh explore tapi klau x jaga kebersihan, acane nak pomot. Xleh byg kan org yg makan minum kat gerai tu camne depa basuh pinggan mangkuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.764466 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list