CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5213|Reply: 1

[Kedah] 'Budak' Jepun tarik perhatian mengunjung Bazar Ramadan

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode

AIBA Yuriko (kiri), Ryo Tanuguchi dan pekerja sosial sukarelawan, Kenshi Tanaka (dua dari kanan) yang membantu menarik pelanggan untuk membeli kurma jualan Muhammad Azamirudin Ismail.FOTO Ihsan Muhammad Azamirudin Ismai

Sungai Petani: Bukan hanya fasih berbahasa Melayu, malah pemuda Jepun, Ryo Taniguchi menarik perhatian ramai apabila sanggup membantu pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) Cerebral Palsy (CP), Muhammad Azamirudin Ismail menerusi kerja sukarelawan dilakukan.

Sempena Ramadan, Ryo, 25, menabur bakti dengan membantu Muhammad Azamirudin, 31, atau mesra disapa Amir menjual kurma di bazar Ramadan Bandar Puteri Jaya, di sini.

Kefasihan Ryo berbahasa Melayu nyata memberi kelebihan dan membuatkannya tidak kekok untuk berinteraksi dengan pelanggan yang datang.

Berkongsi kisahnya, Ryo berkata, dia dihantar ke negara ini oleh syarikat Japan International Corporation Agency (JICA) dan kini menjadi sukarelawan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sejak setahun lalu.

Menurut Ryo, dia bertemu dengan Amir minggu lalu dan terdorong membantu pemuda itu secara sukarela kerana melihat kesungguhannya walaupun berkerusi roda.

"Bukan setiap hari bantu tetapi pada hari tertentu dan semalam ada juga datang tolong Amir di gerainya.

"Saya tak berseorangan sebaliknya membantu Amir dengan seorang lagi rakan, Aiba Yuriko, 28, yang juga dari Jepun.

"Saya ada di gerai bermula jam 4.30 petang hingga 7 malam dan seronok sangat kerana dapat bantu Amir.

"Sebenarnya, Amir pun banyak bantu saya terutama dalam Bahasa Melayu jadi ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ryo berharap, Amir terus cekal dan maju dengan perniagaan dijalankan.

Menurut Ryo, dia juga akan terus menjalankan kerja sukarelawan selagi khidmatnya diperlukan.

"Saya suka tinggal di negara ini kerana penduduknya ramah dan makanannya pun sedap.

"Kalau nak tahu, saya sudah ada baju Melayu, sampin dan songkok malah ibu saya pun akan datang beraya di Malaysia bulan depan," katanya.

Sementara itu, Amir berkata, jualan kurma sudah menjadi rutinnya setiap kali Ramadan dan berjaya dijual hampir 1,000 kilogram (kg).

"Sudah lebih 10 tahun saya menjual kurma ini, jadi kebanyakan pelanggan sudah mengenali saya.

"Tahun ini, saya memanggil sukarelawan JKM dari JICA untuk bantu menjual dan mempromosikan produk OKU seluruh negeri Kedah.

"Ini kali pertama Ryo dan Yuriko menolong saya, jadi kehadiran mereka memang menarik pelanggan membeli kurma jualan saya.

"Diharap jualan tahun ini meningkat dan akan adanya pihak sudi memberi ruang perniagaan di tempat lain seperti ekso atau bazar untuk saya jual produk peniagaan saya dan juga membantu mempromosikan produk OKU lain di Kedah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... njung-bazar-ramadan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 05:59 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059286 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list