CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5377|Reply: 0

[Selangor] Kongsi juadah buka puasa secara pandu lalu

[Copy link]
Post time 23-3-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode

Seorang petugas menyerahkan sumbangan juadah kepada orang ramai di kaunter pandu lalu sekitar Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM – Penduduk sekitar Seksyen 7 di sini mengambil pendekatan berkongsi rezeki menerusi infaq dan juadah berbuka puasa secara pandu lalu sepanjang Ramadan ini.

Konsep yang dimulakan sejak 2020 itu turut memudahkan orang ramai melalui lokasi infaq dengan memasukkan wang atau juadah tanpa perlu parkir kenderaan.

Menurut Pengerusi Surau At Taqwa Seksyen 7, Prof.Madya Azri Bhari, program tersebut mendapat inspirasi dari budaya bertukar juadah dan berkongsi rezeki yang diamalkan kejiranan kampung.

Katanya, ini juga menggalakkan lebih ramai penduduk menyumbang seterusnya mewujudkan semangat positif membantu satu sama lain.

“Semua hasil infaq digunakan dalam penyediaan bubur lambuk, air soya, air balang selain sumbangan orang ramai seperti nasi berlauk, nasi ayam, nasi mandi dan sebagainya.

“Pihak surau sendiri menyediakan bajet sebanyak RM2,500 untuk menyediakan juadah termasuk jus tembikai bagi program yang telah masuk tahun keempat ini,” katanya ketika ditemui di Seksyen 7 di sini hari ini.

Azri menambah, pandu lalu infaq tersebut bermula kira-kira pukul 5 petang terutama membantu orang ramai dalam proses untuk berbuka puasa. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -secara-pandu-lalu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.096474 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list