CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5411|Reply: 0

[Johor] Tragedi konvoi sahur, 2 maut dirempuh lori

[Copy link]
Post time 23-3-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis memeriksa motosikal yang dirempuh lori. FOTO Ihsan PDRM

Batu Pahat: Konvoi lapan lelaki warga Singapura untuk bersahur di Pagoh bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas motosikal dirempunh lori kontena dalam kemalangan di Kilometer 111.4, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Yong Peng, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika lapan lelaki asing terbabit menunggang motosikal secara konvoi dari Singapura untuk bersahur.

Menurutnya, laporan polis diterima jam 3 pagi yang menyatakan bahawa semasa dalam perjalanan, tayar salah satu motosikal ditunggang pancit dan penunggangnya berhenti di Rehat dan Rawat (RnR) Yong Peng.

"Menyedari kejadian, tujuh penunggang di hadapan memberhentikan motosikal mereka dan menunggu di lorong kecemasan.


"Sejurus kemudian, lori kontena dari arah sama dipandu lelaki warga tempatan berusia 33 tahun, hilang kawalan lalu memasuki laluan kecemasan.

"Lori itu kemudian merempuh kumpulan konvoi terbabit menyebabkan dua daripadanya maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, kedua-dua mangsa maut berusia 26 tahun manakala empat lagi cedera parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Katanya lagi, pemandu lori bersama bersama kelindan berusia 29 tahun serta salah seorang penunggang konvoi terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemandu lori kontena sudah reman tiga bermula hari ini sehingga Isnin bagi membantu siasatan. Ujian air kencing terhadap terhadap pemandu lori dapati negatif," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -maut-dirempuh-lori

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.057871 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list