CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5912|Reply: 0

Rifdean gegar gelanggang One Championship, raih bonus RM45,700

[Copy link]
Post time 23-3-2024 12:27 PM | Show all posts |Read mode

RIFDEAN menewaskan Pichai dengan pukulan Technical Knockout (TKO). FOTO Ihsan One Championship Thailand

Kuala Lumpur: Atlet Muay Thai negara, Mohd Rifdean Masdor mencipta kemenangan pertama di One Championship dengan penuh bergaya apabila menewaskan wakil Thailand, Pichai Lookbanmai dengan pukulan Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand, semalam.

Lebih manis, Rifdean yang mewakili pasukan Sor Sommai berjaya berjaya memperoleh bonus bonus sebanyak 350,000 bhat (RM 45,700) atas kemenangan yang dicatatkan oleh dirinya dalam pertarungan itu.

Ketika di tanya perasaannya selepas mencatat kemenangan pertama, atlet dari Perak itu memaklumkan kehadiran jurulatihnya dari Malaysia memberi keyakinan lebih tinggi selain menjadi tonik tambahan untuk dia menentang lawan dari Thailand itu.

"Sebab jurulatih saya datang dan dia bercakap kepada saya berlawan dengan sepenuh hati untuk keluarga, pasukan dan negara Malaysia.


"Saya rasa sangat-sangat gembira kerana jurulatih saya datang dari Malaysia dan menonton saya bertarung dalam One Championship dan ini adalah impian saya.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada pasukan saya, Sor Sommai dan Palang Mai yang penaja saya, terima kasih banyak-banyak prihatin ke atas saya. Saya tidak boleh bercakap, terima kasih banyak-banyak Sor Sommai," katanya selepas pertarungan ONE Friday Fights 56, semalam.

Terdahulu, meskipun itu kemunculan pertama namun itu tidak menjadi penghalang buat Rifdean mempamerkan aksi yang cukup bertenaga apabila menyerang lawannya dengan begitu pantas tanpa henti sebaik sahaja perlawanan dimulakan.

Tindakan itu memberi kesukaran kepada Pichai untuk membalas kembali serangan lawannya sehingga dia terjatuh serta sukar untuk kembali bangun meneruskan perlawanan.

Taktikal agresif yang ditampilkan oleh atlet berusia 21 tahun itu ternyata membuahkan hasil yang cukup lumayan apabila dirinya berjaya mencatat kemenangan hanya dalam masa 1 minit 18 saat sahaja di pusingan pertama dengan kemenangan TKO.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -raih-bonus-rm45700
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.290316 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list