CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6300|Reply: 0

[Kedah] Suami maut digilis treler, isteri dan anak cedera dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 23-3-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Suami maut digilis treler, isteri dan anak cedera dalam kemalangan


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



KEMALANGAN membabitkan skuter yang dipercayai digilis treler di Kilometer 16.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Napoh, malam tadi. FOTO ihsan pembaca




Jitra: Seorang lelaki maut selepas dipercayai digilis treler di Kilometer 16.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat Napoh, malam tadi.

Dalam kejadian 10.50 malam itu, mangsa yang berusia 32 tahun dipercayai membonceng skuter yang ditunggang isterinya berusia 31 tahun bersama anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.

Isteri mangsa mengalami kecederaan di kaki dan tangan kanan manakala anak mereka mengalami luka di kepala, luka di jari tangan serta luka di kaki kanan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di seluruh bahagian badan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan hampir dua kilometer.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, Pejabat Pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menerima maklumat berhubung kemalangan itu membabitkan sebuah treler dengan motosikal yang terbabas di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sewaktu pemandu treler berusia 48 tahun yang memandu kenderaan terbabit bersama kelindannya yang berusia 45 tahun.

"Treler dipercayai bergerak dari arah Changlun menghala ke Jitra dan penunggang serta suami dan anak mereka juga bergerak dari arah sama.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, treler terbabit dipercayai memotong motosikal yang berada di hadapan dengan bergerak ke tengah jalan dan sebaik hampir selesai memotong, secara tiba-tiba pemandu treler perasan bahawa kenderaannya berlanggar dengan motosikal dinaiki tiga beranak itu pada bahagian tayar belakang menyebabkan ketiga-tiga mangsa di tempat kejadian.

"Akibat kemalangan itu, wanita yang menunggang motosikal itu dan anak lelaki mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan manakala suaminya disahkan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pemandu treler serta kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pasangan suami isteri itu menetap di daerah ini dan suami bekerja sendiri manakala isterinya tidak bekerja.

"Kemalangan itu menyebabkan berlaku kesesakan sepanjang dua kilometer hampir 30 minit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Rodzi berkata, siasatan berhubung kemalangan itu masih dilakukan setakat ini.



Disiarkan pada: Mac 23, 2024 @ 11:02am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056534 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list