CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4228|Reply: 1

Malaysia tolak tawaran tuan rumah Sukan Komanwel

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode

MALAYSIA berada dalam kelompok sembilan negara yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ketika penganjurannya pada 1998.

TEKA-teki mengenai cadangan untuk membawa hak penganjuran Sukan Komanwel 2026 akhirnya terjawab apabila pihak kerajaan sebulat suara menolak tawaran yang diberikan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) semalam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), keputusan itu dibuat selepas berakhirnya Mesyuarat Jemaah Menteri dengan meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

Kata kenyataan tersebut, tawaran bantuan CGF sebanyak £100 (RM603 juta) juga dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berprestij antarabangsa itu.

“Delegasi CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 5 Februari lepas.

“Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah £100 (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.

“Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenalpasti dalam jangka masa singkat ini.

“Justeru, pihak kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran daripada CGF dan mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, tawaran CGF buat Malaysia untuk menganjurkan Sukan Komanwel buat kali kedua sejak 1998 menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif daripada penganalisis sukan tanah air sejak awal bulan ini.

Sukan Komanwel yang telah dianjurkan sejak 1930 melibatkan penyertaan 74 negara sebagai ahli CGF.

Namun, hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia yang pernah menjadi tuan rumah sepanjang sejarah.

Selain Malaysia, CGF turut menawarkan peluang buat negara jiran, Singapura untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel buat kali pertama pada edisi 2026 nanti.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... mah-sukan-komanwel/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 06:05 PM | Show all posts
Jika banyak keburukan tidak perlu menganjur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.097342 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list