CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5232|Reply: 0

[Selangor] JAIS akhirnya benar murid, guru pakai baju sukan

[Copy link]
Post time 21-3-2024 03:56 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Setelah beberapa hari didesak oleh ibu bapa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya memberikan kebenaran khas kepada pelajar serta guru sekolah kelolaan mereka untuk memakai pakaian sukan dan sopan ekoran cuaca panas ketika ini.

Antara sekolah yang terlibat adalah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), prasekolah JAIS, Sekolah Rendah Agama (SRA), Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (KAFAI) dan prasekolah JAIS.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat berhubung pemakaian sekolah murid sepanjang sesi persekolahan dengan mengambil kira faktor cuaca yang tidak menentu.

“Bagi pelajar MITS, SRAI dan prasekolah JAIS, murid perlu memakai pakaian sukan sekolah, manakala murid di SRA dan KAFAI dibenarkan memakai kemeja T sukan sukan yang cerah dan sopan (tiada gambar melampau dan logo tertentu) serta berseluar panjang.

“Bagi pelajar perempuan, mereka boleh memakai baju T lengan panjang, baju muslimah cerah dan sopan serta menutup aurat (tiada gambar melampau dan logo tertentu), seluar panjang, berkain longgar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Mohd. Shahzihan berkata, pihaknya turut membenarkan semua guru dan anggota pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan dan menutup aurat.

“Pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan warga sekolah,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan rata-rata ibu bapa merayu agar murid-murid sekolah dibawah kendalian JAIS dibenarkan memakai pakaian sukan ekoran cuaca panas yang mencatatkan suhu sehingga 40 darjah Celsius ketika ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... u-pakai-baju-sukan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.074359 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list