CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3792|Reply: 0

[Selangor] RM14.15 juta dadah dalam kondominium mewah dirampas

[Copy link]
Post time 21-3-2024 03:49 PM | Show all posts |Read mode

Kok Chin menunjukkan antara dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

KAJANG -Pelbagai jenis dadah bernilai RM14.15 juta dirampas dalam serbuan di kondominium mewah, di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia 33 dan 44 tahun berperanan sebagai ‘runner’ dan penjaga stor.

Jelasnya, serbuan yang bermula kira-kira pukul 11 pagi sehingga 12.10 tengah hari itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

“Sindiket yang aktif sejak tahun lalu ini dipercayai memperoleh dadah-dadah berkenaan dari negara jiran sebelum diedarkan bagi pasaran tempatan terutamanya di Lembah Klang.

“Mereka akan menggunakan perkhidmatan kurier bagi menghantar dadah-dadah ini kepada pelanggan mereka.

“Kedua-dua suspek akan dibayar RM2,000 sehingga RM5,000 sekiranya mereka berjaya membuat penghantaran dadah kepada pelanggan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata beliau, antara dadah yang dirampas terdiri 332.443 Kilogram (kg) syabu, serbuk serbuk methylenedioxy-methamphetamine atau MDMA (6.07 kg), erimin 5 (8.1 kg) dan pil ekstasi (15.7 kg).

Kata beliau, kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 1.8 juta orang penagih dadah.

Kok Chin berkata, kedua-dua suspek kini direman selama enam hari bagi siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Saringan awal polis mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan salah seorang daripada mereka mempunyai empat rekod lampau atas pelbagai kesalahan jenayah.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, yang mana sebuah kenderaan digunakan mereka dianggarkan bernilai RM38,000 disita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kok Chin memberitahu, siasatan akan diteruskan pihaknya untuk mengesan rangkaian ahli sindiket yang masih bebas untuk dibawa ke muka pengadilan.

“JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka.

“Maklumat boleh disalurkan melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222,”katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ium-mewah-dirampas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.451215 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list