CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3066|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JPNJ sedia beri kaunseling 3 remaja jadi mangsa liwat

[Copy link]
Post time 21-3-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode

AZNAN (kiri) melihat cermin sekolah selepas mengadakan sisi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra di Kulai , hari ini.

KULAI – Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bersedia untuk memberikan khidmat kaunseling kepada tiga remaja lelaki yang disyaki menjadi mangsa liwat kepada pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik di Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, khidmat kaunseling itu akan dilakukan dalam masa terdekat mengikut kesesuaian pelajar tersebut.

Katanya, langkah itu perlu dilaksanakan bagi membantu remaja terbabit yang dipercayai menjadi mangsa seks bagi memulihkan semangat mereka.

“Kita akan uruskan khidmat kaunseling itu kepada remaja berkenaan (yang disyaki menjadi mangsa liwat pemimpin sayap pemuda parti politik).

“Ini merupakan usaha JPNJ bagi membantu pelajar tersebut (yang berdepan detik hitam itu),” Katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, di sini hari ini.

Kelmarin, polis mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah, di sini setakat ini.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -jadi-mangsa-liwat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.047755 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list