CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4093|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pelatih pusat pemulihan dadah kena dera

[Copy link]
Post time 21-3-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

SEREMBAN – Polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian seorang pelatih pusat pemulihan penagih dadah persendirian di Lenggeng di sini yang didakwa menjadi mangsa dera serta dibelasah teruk sehingga mengalami kecederaan di sebelah matanya seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pada pukul 6.58 petang hari Selasa lalu, kaunter aduan Balai Polis Broga telah menerima laporan polis dari seorang wanita menyatakan adik iparnya telah dipukul semasa berada dalam sebuah pusat pemulihan dadah di daerah Nilai.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul sejak mula mendaftar masuk ke pusat pemulihan dadah tersebut kira-kira tiga bulan yang lalu.

“Mangsa mengalami kecederaan diseluruh anggota badan akibat dipukul oleh pekerja pusat permulihan tersebut. Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan untuk menjalani pembedahan,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Malik berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904389.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian berkenaan membabitkan mangsa berusia 37 tahun dan dipercayai telah didera dan dibelasah dengan teruk di sebuah pusat pemulihan penagih dadah persendirian di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut sebelum kejadian itu telah dihantar oleh ibu bapanya untuk menerima rawatan di pusat pemulihan berkenaan.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... an-dadah-kena-dera/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.050720 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list