CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11631|Reply: 42

[Jenayah] Menggunakan Sarung Tangan Jamban Untuk Makanan, Kena Tegur Dengan KKM!

[Copy link]
Post time 21-3-2024 06:49 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

SEBAGAI pelanggan, kita biasanya akan lebih yakin apabila melihat peniaga menggunakan sarung tangan ketika mengendalikan makanan.

Namun harus diingat, tak semua sarung tangan sesuai untuk digunakan oleh peniaga makanan.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegur seorang peniaga yang tular kerana menggunakan sarung tangan berwarna kuning ketika menyediakan makanan.

"KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.

"Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

"Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja," ciap KKM menerusi platform X pada Rabu.

Tambah KKM lagi, pihaknya ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan.

KKM membuat teguran berkenaan selepas tular video seorang usahawan makanan terkenal, Dania Sedek yang menggunakan sarung tangan kuning ketika menyediakan resipi air asam Siam.

Menerusi video tular itu, Dania dilihat mencuci tangannya dengan air paip dan sabun sebelum menyarungkan sarung tangan berkenaan.

Dia kemudiannya mencuci sarung tangan itu menggunakan air paip di sinki sebelum menggaul bahan-bahan makanan di dalam sebuah bekas plastik.

Beberapa netizen di X turut meninggalkan komen, mempersoalkan penggunaan sarung tangan kuning oleh TikToker itu.

"Sarung tangan tu bukan food compliance. Tak sesuai untuk penyediaan makanan.

"Sarung tangan tu aku duk buat cuci tandas bilik air.

"Nak bagi orang makan tapi dia sediakan makanan guna sarung tangan jamban.

"Dia ni tak pergi kelas penyediaan makanan ke apa?" tulis beberapa netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2024 06:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2024 06:49 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2024 06:50 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Minggu ni banyak cerita pasal jamban
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dania Ni pandai...dia cite Cara pembuatan dia semuanya penuh ikhlas dan premium gitchuu...
Hahaha..
Iols pernah beli tak produk dia? Mmg sedap ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
emm jap i lebih terganggu die duk bercakap2 sambil buat tu x pakai yg plastik penghadang mulut tu. tp yelah, kalau street food ni biasanya mmg la kebersihan tu susah nk kawal. huhu. kat mana2 pun lebih kurg ja
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:50 AM | Show all posts
ewwww.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 09:13 AM | Show all posts
kenapa tak oakai senduk/sudip ke kacau tu.
yuckss.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:53 AM | Show all posts
Tolong ar pakai mask masa buat makanan, air liur bersembur tak tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Air Asam Siam memang sedap.

Air Asam Melayu rase puk1m4k kau hijau
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:18 AM | Show all posts
ini yg dinamakan so bold, so confident, yet so wrong
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu masa dulu atas meja makan pun pakai toilet paper.

Pakai la sarung tangan apa pun tapi kalau dgn sarung tangan yang sama pegang macam2  lepas tu pegang makanan tak guna juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 11:08 AM | Show all posts
knp xde jual yg mask mulut mcm yg korean pakai eh? jd klu berckp, tak la air liur tersembur sekali masuk dlm makanan yg disediakan.



yg mcm ni ha


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 12:42 PM | Show all posts
dia ni mmg kebal kan
lpas satu, satu hal dia buat pastu dia menten je buat bodoh kalo org tegur ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-3-2024 11:06 AM
Satu masa dulu atas meja makan pun pakai toilet paper.

Pakai la sarung tangan apa pun tapi kalau dg ...

dulu i pernah nak beli waffle kat jusco, masa nak sediakan waffle tu dia pakai glove food grade, pastu bila dia nak bukak glove tu, tak boleh bukak, dia guna mulut ... aiyoo.. i tak jadi makan waffle tu.. sebab dia guna glove sama utk buat waffle seterusnya... so sebelum i ada customer lain, dia nak buka glove pakai mulut je kan.. dia buka glove sbb nak packing waffle masuk dlm paperbag & urusan payment
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 01:54 PM | Show all posts
kepompong replied at 21-3-2024 01:41 PM
dulu i pernah nak beli waffle kat jusco, masa nak sediakan waffle tu dia pakai glove food grade, p ...

Tu belum lagi ko tengok dia buka tong sampah dengan sarung tangan yang sama

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:58 PM | Show all posts
taik hang..takkan tak pi kursus pengendali makanan..meluat aku dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 02:36 PM | Show all posts
Dia ni semua orang takleh tegur,dia ja yg terpaling betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2024 04:03 PM | Show all posts
boikot sarung tangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 104456 Replies : 1061
Kim Seri mohon maaf, janji bayar semula duit pelanggan
maklukpenggodaKim Seri mohon maaf, janji bayar semula
Views : 19667 Replies : 101
Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
YgBenarWanita sedih bayinya masuk wad gara-gara
Views : 32081 Replies : 64
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 346035 Replies : 9109
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 20277 Replies : 233
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 57752 Replies : 282
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 57126 Replies : 19
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 38062 Replies : 77
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3949 Replies : 55
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 51734 Replies : 196

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.626224 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list