CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10191|Reply: 0

[Sarawak] Bomba Lawas berjaya padam kebakaran berulang di Kampung Banting

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:51 PM | Show all posts |Read mode


Anggota BBP Lawas memadam kebakaran tanah gambut di Kampung Banting, Jalan Kuala Lawas pada Selasa.

LAWAS: Kes kebakaran yang disifatkan ‘ngeri’ bagi anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas di Kampung Banting, Jalan Kuala Lawas kembali berulang apabila kawasan seluas enam ekar terbakar pada Selasa.

Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.44 petang.

Jelasnya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran di lokasi dan tempat yang sama bulan lepas.

“Anggaran keluasan kebakaran adalah enam ekar dan kebakaran telah berjaya dikawal pada jam 4.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi pemadaman selesai dijalankan setelah memastikan keadaan di lokasi selamat.

Kes kebakaran tanah gambut di Kampung Banting merupakan kes kebakaran ‘mengerikan’ bagi BBP Lawas kerana operasi pemadamannya mengambil masa berminggu-minggu sejak  Februari lalu yang menyaksikan kemusnahan kawasan seluas lebih 30 hektar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047783 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list