CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6155|Reply: 0

[Sabah] Lelaki warga asing ditahan simpan gula pasir di tempat tidak dilesenkan

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:42 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Bekalan gula pasir yang dirampas di dalam kenderaan pacuan empat roda.

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Sabah menahan seorang lelaki warg asing selepas menyimpan gula pasir tidak dilesenkan di sini.

Pengarah Pejabat KPDN Sabah Georgie Abas berkata, lelaki terbabit ditahan semasa serbuan menerusi Op Tiris di sebuah rumah di kawasan Likas pada jam 10.27 pagi semalam.

“Semasa serbuan dijalankan, pasukan penguat kuasa mengesan seorang lelaki sedang memuatkan gula pasir ke dalam kenderaan pacuan empat roda.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan terbabit menemukan 108 kilogram gula pasir di bahagian belakang kereta tanpa sebarang dokumen yang sah.

“Pemilik juga didapati tidak mempunyai lesen atau permit untuk menyimpan gula pasir di tempat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Georgie berkata, lelaki berumur 30 tahun terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut dan merampas bekalan gula pasir bersama kenderaan dengan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM50,307.80.

“Kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Jika disabitkan kesalahan, seorang individu selain dari badan korporat, tetapi termasuk pengarah atau pegawai sesuatu badan korporat, boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pertubuhan atau perbadanan pula boleh didenda tidak melebihi RM2,000.000,” katanya.

Menurutnya, KPDN Sabah ketika ini giat menjalankan pemeriksaan dalam usaha mengekang ketirisan dan aktiviti penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi.

“KPDN Sabah akan terus komited dan konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasa undang-undang KPDN, khususnya melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi yang menjadi salah satu kepentingan awam yang perlu diselia dan dijaga.

“Masyarakat disarankan untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi,” katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat ke mana-mana cawangan KPDN berdekatan untuk membanteras serta  mengelakkan berlakunya ketirisan subsidi kerajaan.

Katanya, saluran terbabit termasuklah aplikasi WhatsApp ke 019-279 4317 atau 019-848 8000, Portal Aduan: e-aduan@kpdn.gov.my;, pusat panggilan 1 800 886 800;, emel ke e-aduan@kpdn.gov.my; dan aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDN.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.050106 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list