CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5654|Reply: 0

[Sabah] Pegawai penguat kuasa ditahan terima rasuah secara bulanan

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:37 PM | Show all posts |Read mode


S.KARUNANITHY

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa selepas  menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak RM500.

Menurut sumber, jumlah keseluruhan wang yang diterima sebanyak RM4000 daripada pihak syarikat pengurup wang berlesen itu adalah sebagai balasan melindungi perniagaan syarikat.

“Suspek lelaki berumur 40-an itu dipercayai menerima wang rasuah daripada seorang individu secara pindahan wang sebanyak RM500 bagi setiap transaksi dari 2020 sehingga 2021.

“Suspek ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S.Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah untuk pertuduhan pagi esok,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.056056 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list