CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6027|Reply: 0

[Sabah] Pegawai bomba wanita cedera terkena renjatan elektrik semasa padam kebakaran

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:27 PM | Show all posts |Read mode


CEDERA: Pegawai bomba wanita mengalami kecederaan selepas terkena renjatan elektrik semasa memadam kebakaran.

KOTA KINABALU: Seorang pegawai bomba wanita mengalami kecederaan selepas terkena renjatan elektrik semasa menjalankan operasi memadam kebakaran di Kampung Keliangau 2 Menggatal di sini.

Kejadian jam 10 pagi membabitkan pegawai bomba berumur 36 tahun yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas.

Ketua BBP Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, anggotanya itu sudah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.05 pagi dan menggerakkan sepasukan pegawai bersama jentera pemadam dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi sejauh 10 kilometer dari jarak balai.

“Kebakaran melibatkan rumah berukuran 30x40 kaki persegi serta sebuah bengkel persendirian berukuran 20x30 kaki persegi.

“Turut terbakar tiga buah kenderaan iaitu pacuan empat roda dan kenderaan jenis kompak terbakar sepenuhnya manakala sebuah lagi pacuan empat roda terjejas sebanyak 50 peratus.

“Operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.44 pagi,” katanya.

Beliau berkata, terdapat seorang anggotanya cedera selepas terkena renjatan elektrik dan dihantar ke hospital menggunakan Jentera EMRS.

Katanya, operasi memadam kebakaran dibantu pasukan BBP Kota Kinabalu dan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) turut berada di lokasi kejadian.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.512209 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list