KUNJUNGAN: Juhar semasa menerima kunjungan daripada Kadzim.
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M.Yahya di Istana Seri Kinabalu di sini pada Selasa.
Kunjungan hormat terbabit bertujuan menjemput Juhar untuk menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima DUN Sabah yang akan diadakan pada pagi 18 April depan seterusnya ke Majlis Jamuan Tengah Hari, yang diadakan pada hari sama.
Turut hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Timbalan-Timbalan Speaker DUN, Datuk Al Hambra Tun Juhar dan Datuk Richard Yong We Kong serta Setiausaha DUN, Rafidah Maqbool.
|