CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4837|Reply: 0

[Sabah] ‘Inap Bagang’ Inderasabah janjikan suasana pelancongan menarik

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:21 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Pengusaha Bagang Haji Samsul Kinas bersama Mantan Timbalan Presiden MPT Tony Koh meninjau Bagang yang dicadang untuk dibuat inap atas laut di Inderasabah, Tawau.

TAWAU: Kampung Inderasabah yang terkenal dengan pengeluar ikan bilis terbaik di Malaysia boleh dijadikan satu destinasi pelancongan baharu sekiranya mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Sejak dari dulu Kampung Inderasabah sudah menjadi pusat penangkapan ikan bilis antara yang terbesar di negara ini dengan menggunakan kaedah bagang.

Ketika ini sebanyak kira-kira 300 buah bagang yang masih aktif menjalankan aktiviti menangkap ikan bilis di sekitar perairan Inderasabah.

Justeru, sekiranya diwujudkan ‘Inap Bagang’ di sekitar perairan Inderasabah ini boleh menjadi nilai tambah kepada penduduk di sini terutamanya menjadi usahawan produk pelancongan baharu.

Idea mewujudkan Inap Bagang ini telah diilhamkan oleh Mantan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Amrullah Kamal semasa bertugas dahulu.

Mantan Timbalan Presiden MPT, Tony Koh berkata, Kampung Inderasabah mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimajukan dan dijadikan sebagai produk pelancongan yang baharu.

Katanya, Inap Bagang adalah satu cetusan idea yang sangat bernas dan inovatif kerana ia memberikan sesuatu kelainan kepada pelancong terutamanya dari luar negara.

“Kaedah tangkapan ikan bilis menggunakan bagang tiada ditemukan di mana-mana tempat dan ia boleh menjadi tarikan kepada pelancong.

“Sekiranya ada Inap Bagang diwujudkan, sudah pasti pelancong boleh bermalam untuk melihat sendiri nelayan menangkap ikan bilis secara langsung,” katanya.

Menurutnya, ketika ini, pelancong dari China semakin ramai ke Sabah terutamanya ke Semporna semata-mata untuk melihat keindahan pulau dan menjalankan aktiviti laut.

“Namun, sudah sekian lama Tawau hanya menjadi tempat persinggahan sahaja untuk ke Semporna kerana tiada produk pelancongan yang boleh menarik perhatian pelancong luar.

“Saya fikir macam mana untuk menarik pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Tawau menuju ke arah kiri turun Tawau melancong dan tidak hanya ke kanan melancong ke Semporna.

“Justeru, saya melihat keindahan laut di Inderasabah juga tidak kurang cantiknya, ditambah lagi dengan adanya aktiviti menangkap ikan bilis pada waktu malam, sudah pasti boleh mendorong pelancong ke Tawau,” katanya.

Tony Koh berkata, idea menarik membina Inap Bagang di atas laut juga memberikan satu suasana yang berbeza kerana pelancong boleh melihat keindahan alam semula jadi dengan lebih dekat.

“Perairan Inderasabah juga mempunyai tarikan menarik kerana orang ramai dapat melihat kehadiran banyak Jerung Paus yang akan memakan ikan-ikan bilis.

“Spesis Jerung Paus mungkin tidak berbahaya tetapi perlu berwaspada kerana ia akan memakan ikan bilis sahaja, namun badannya yang besar seperti raksasa sudah tentu memberikan suasana luar biasa serta menarik,” katanya.

Beliau berharap kerajaan negeri khususnya Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Jabatan Perikanan Sabah dapat meluluskan Inap Bagang ini untuk kebaikan ekonomi dan industri Pelancongan daerah Tawau.

Sementara itu, Pengusaha Bagang, Haji Samsul Kinas berkata, penduduk di Inderasabah sudah lama mengidamkan kampung ini dijadikan produk pelancongan.
Katanya, produk ikan bilis Inderasabah sudah terkenal di seluruh negara kerana kualiti hasil lautnya adalah antara yang terbaik.

“Namun, ia masih belum mencukupi untuk menambah pendapatan penduduk kerana kami hanya mengharapkan hasil laut sahaja.

“Sekiranya Inap Bagang ini dapat diwujudkan sudah pasti penduduk di sini dapat menambah pendapatan mereka seperti di daerah-daerah pelancongan yang lain,” katanya.

Samsul berkata, Inap Bagang ini akan menjanjikan produk pelancongan yang menarik kerana Inderasabah mempunyai panorama petang yang sangat cantik, selain suasana kampung yang tenang.

“Pelancong boleh menikmati hasil laut dengan segar dan dapat melihat sendiri nelayan bagang menangkap ikan bilis.

“Saya berharap kerajaan dapat membantu kami memajukan Inderasabah menjadi destinasi pelancongan dengan mewujudkan Inap Bagang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051417 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list