CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4964|Reply: 0

[Perlis] Bubur lambuk udang lipan, ketam kelainan Masjid An-Nur Kuala Sanglang

[Copy link]
Post time 20-3-2024 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Bubur lambuk udang lipan, ketam kelainan Masjid An-Nur Kuala Sanglang


BERNAMA



Campuran makanan laut seperti udang lipan dan ketam dalam masakan bubur lambuk menggamit selera orang ramai untuk berbuka puasa di Masjid An-Nur di sini. FOTO BERNAMA











Kuala Perlis: Masjid An-Nur Kuala Sanglang yang berada di sempadan Kedah – Perlis iaitu kira-kira 15 kilometer dari sini, menampilkan kelainan pada bubur lambuk dengan menambah makanan laut, sekali gus menjadi tarikan dan menggamit selera orang ramai terhadap juadah yang sinonim dengan bulan Ramadan itu.

Bilal masjid yang juga tukang masak bubur lambuk Asrol Alizan Abu Kasim berkata pihaknya menggunakan udang lipan dan ketam sebagai bahan utama "Bubur Lambuk Seafood Viral" itu yang dibawa segar dari jeti pelantar ke masjid berkenaan.

"Kami menyediakan bubur lambuk ini sejak dua tahun lepas, namun ketika itu kami memasaknya berselang-seli dengan bubur lambuk biasa … tahun ini kami menyediakannya setiap hari sepanjang Ramadan.

"Kami menggunakan udang lipan dan ketam segar memandangkan kedudukan masjid berdekatan dengan laut, kadang-kadang udang biasa dan sotong kita masukkan juga dalam bubur lambuk ini sekiranya ada bekalan," katanya kepada pemberita di masjid itu hari ini.

Asrol Alizan berkata bekalan makanan laut untuk penyediaan bubur lambuk itu ada yang diperoleh hasil infak nelayan, selain dibeli sendiri menggunakan dana masjid berkenaan.

Beliau berkata kerja memasak bubur lambuk campuran udang lipan dan ketam itu bermula kira-kira 11 pagi setiap hari dan dapat menghasilkan anggaran 500 bekas bubur lambuk sebelum diagihkan kepada orang ramai selepas solat asar.

Selain bubur lambuk makanan laut, pihak masjid juga ada memasak juadah itu yang dicampurkan dengan tulang gearbox pada hari tertentu.

Sementara itu, seorang penduduk kampung di sekitar masjid itu, Yusmihadi Yaacob, 46, berkata setiap hari dia tertunggu-tunggu untuk mengambil bubur lambuk berkenaan kerana keunikan rasanya.

"Bubur lambuk ini istimewa sebab ada makanan laut, bubur lambuk ayam dan daging itu sudah biasa, tetapi yang ini lain daripada lain, ada kemanisan ketam, udang lipan itu," katanya.



Disiarkan pada: Mac 20, 2024 @ 6:53pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.302455 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list