CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7850|Reply: 0

[Johor] Polis terima 5 laporan kes liwat babitkan pemimpin sayap pemuda parti politik

[Copy link]
Post time 20-3-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Mersing: Polis menerima lima laporan berhubung kes liwat membabitkan seorang lelaki yang dipercayai pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan polis membabitkan enam mangsa.

"Selepas dua laporan polis dibuat dua mangsa seperti yang dimaklumkan semalam, kita menerima tiga lagi laporan dibuat empat individu sehingga semalam.

"Ini menjadikan keseluruhan laporan polis diterima adalah lima membabitkan enam mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Beliau berkata, kertas siasatan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini dan pendakwaan dijangka dibuat pada esok di Mahkamah Kota Tinggi.

Semalam, Abdul Razak dilaporkan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 30-an itu ditahan reman bermula semalam hingga esok.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya menerima dua laporan polis dibuat dua mangsa iaitu remaja lelaki warga tempatan berusia 15 tahun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu laporan menyatakan seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Difahamkan, mangsa mendakwa pernah diliwat suspek sejak antara 2017 hingga Februari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sayap-pemuda-parti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.370770 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list