CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7876|Reply: 0

Fitri harap pemain muda cepat matang

[Copy link]
Post time 20-3-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode

FITRI (kanan) ketika sesi latihan skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. FOTO Aizuddin Saad

Kuala Lumpur: Tonggak tengah skuad hoki negara Mohd Fitri Saari berharap pemain muda yang diberi peluang beraksi bersama Speedy Tigers akan cepat matang dalam mengharungi perlawanan antarabangsa pada masa depan.

Beliau berkata pemain muda harus bijak mengatasi tekanan ketika bertemu pasukan antarabangsa, memandangkan skuad senior lelaki kebangsaan yang akan ditubuhkan ini, merupakan projek jangka masa panjang menjelang Sukan Asia 2026 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

"Ini projek jangka panjang, sebab kita tahu dua tahun lagi sasaran kita ialah Sukan Asia dan rebut slot untuk ke Sukan Olimpik, jadi saya berharap untuk pertandingan antarabangsa berintensiti tinggi, mereka perlu cepat matang," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan pertama skuad Speedy Tigers di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini semalam.

Mengakui ia tanggungjawab berat, Mohd Fitri berkata dia akan berusaha membantu barisan kejurulatihan membimbing pemain muda, apatah lagi untuk beraksi bagi Piala Sultan Azlan Shah yang dijadual berlangsung Mei depan.


Tonggak berusia 31 tahun itu berkata dia percaya dengan percaturan pengendali Sarjit Singh yang hanya menempatkan lima pemain senior dalam skuad itu.

"Pemain muda ini ada tenaga tapi kurang pengalaman, jadi pemain senior yang akan kongsi pengalaman, bantu dari segi psikologi terutamanya bila bertemu pasukan dari Eropah," katanya.

Skuad hoki negara bakal berdepan cabaran Piala Sultan Azlan Shah dari 4 hingga 11 Mei di Ipoh, Perak selain perlawanan Piala Negara-Negara di Poland dari 30 Mei hingga 1 Jun.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-muda-cepat-matang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.051978 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list