CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8305|Reply: 0

[Terengganu] Bukan mudah pulihkan bekas pengikut ajaran sesat

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:45 PM | Show all posts |Read mode

Prof Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Kuala Terengganu: Pemantauan secara konsisten perlu diberikan pihak berwajib terhadap ahli keluarga dan bekas pengikut pemimpin ajaran-ajaran sesat di negara ini bagi memastikan mereka benar-benar kembali ke jalan agama Islam yang sebenar.

Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berkata ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam menangani perkara ini.

Beliau berkata, antaranya adalah dengan melaksanakan bengkel pemulihan secara konsisten kepada golongan bagi memastikan mereka sedar serta mengetahui kefahaman Islam yang sebenar.

Beliau memberi contoh langkah Jakim yang menghantar pegawai agamanya ke kampung-kampung orang asli untuk berdakwah, yang menurutnya mereka ini juga boleh dihantar secara tetap ke penempatan atau kediaman ahli keluarga serta pengikut ajaran sesat, untuk memberi penjelasan mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.



"Memang diakui golongan yang sudah lama terbabit dengan ajaran sesat ini sangat susah untuk membuang fahaman yang salah itu daripada pemikiran mereka dan ia perlu mengambil masa yang lama untuk dipulihkan," katanya semalam. Engku Ahmad Zaki turut berpandangan golongan yang pernah terlibat dengan ajaran sesat seharusnya tidak tinggal dalam satu kawasan yang sama atau bergaul sesama sendiri kerana ia membuka ruang kepada mereka untuk kembali terjebak dengan aktiviti yang menyesatkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan beberapa pihak mengenai wujudnya usaha menghidupkan kembali ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, yang sebelum ini pernah menggemparkan negara dengan 'Kerajaan Langit'.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi setakat ini dalam beberapa tinjauan beliau tidak melihat sebarang aktiviti mencurigakan atau bukti menunjukkan ajaran sesat itu kembali tersebar, dan perkara itu turut disahkan Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan.

Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Riswadi Azmi pula menzahirkan kerisauan sekiranya ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin berkemungkinan wujud kembali secara diam tanpa disedari masyarakat.

Sehubungan itu Riswadi menggesa semua pihak termasuk kerajaan, pihak berkuasa dan ilmuan agama berganding bahu mencari penyelesaian secara holistik bagi menghapuskan fahaman serta ajaran sesat yang wujud di negara ini.

"Antara yang boleh dilakukan adalah memberi pendidikan yang berterusan, bukan sahaja kepada ahli keluarga dan bekas pengikut tetapi kumpulan yang berpotensi atau mudah terdedah kepada ajaran yang sesat seperti golongan muda yang mudah terpengaruh dengan perkara baharu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngikut-ajaran-sesat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071153 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list