CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4276|Reply: 0

[Selangor] Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 palsu

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:10 PM | Show all posts |Read mode

Poster yang dikongsi di laman Facebook JPA semalam.

PETALING JAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa poster Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 sebanyak RM700 seperti yang tular di media sosial adalah palsu.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebookya, JPA berkata poster itu adalah dari tahun 2022 yang telah diubah suai.

“JPA ingin menegaskan bahawa maklumat yang tertera di poster tersebut adalah PALSU.

“Poster ini adalah dari tahun 2022 yang telah diubah suai. Tidak pasti, jangan kongsi,”kata JPA.

Terdahulu, berdasarkan poster yang tular di media sosial sejak kelmarin menyatakan bahawa bantuan khas tersebut akan dibayar pada 5 April depan.

Bagaimanapun, pada bahagian bawah kanan poster itu menunjukkan infografik tersebut disediakan oleh UKK (Unit Komunikasi Korporat) JPA pada Disember 2022.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... wangan-rm700-palsu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.188955 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list