CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4300|Reply: 0

[Johor] Sorok 22.7 batang rokok belakang kotak alat permainan

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:07 PM | Show all posts |Read mode

AMINUL IZMEER (kiri) bersama pegawai penguatkuasa kastam menunjukkan barang rampasan pada sidang media di Jabatan Kastam Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Cubaan sindiket penyeludupan rokok menggunakan permainan plastik untuk mengaburi mata pihak berkuasa gagal apabila pihak kastam merampas 21.7 juta batang rokok menerusi pemeriksaan pada 4 dan 13 Mac lalu.

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi berkata, kedua-dua rampasan itu dilakukan pihaknya di Bay Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di sini.

Menurut beliau, anggaran nilai rokok berserta duti kastam adalah RM18.3 juta.

“Modus operandi sindiket adalah dengan meletakkan 160 kotak berisi permainan kanak-kanak di bahagian depan kontena, manakala rokok seludup pula diletakkan di belakang.

“Semasa pemeriksaani dibuat, pegawai mendapati rokok seludup itu tidak diikrarkan (isytihar),” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah hari ini.

Tambah Aminul Izmeer, kedua-dua kontena yang dirampas itu dalam perjalanan ke destinasi akhir iaitu Mexico.

Sementara itu, beliau memaklumkan, pihaknya menumpaskan cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM1.8 juta di kawasan sama pada 29 Januari lalu.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana membuat perakuan tidak benar yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... tak-alat-permainan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069832 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list