CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3137|Reply: 0

New Zealand uji Speedy Tigers

[Copy link]
Post time 20-3-2024 12:54 PM | Show all posts |Read mode

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal memberi kata semangat ketika sesi latihan skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. FOTO Aizuddin Saad

Kuala Lumpur: New Zealand bakal menjadi ujian pertama ketua jurulatih baharu skuad hoki negara, Sarjit Singh apabila Speedy Tigers akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Black Sticks pada 1 Mei depan menjelang kejohanan Piala Sultan Azlan Shah.

Sarjit ketika ditemui pada sesi latihan pertama skuad negara di bawah bimbingannya semalam selepas menggantikan tempat A Arul Selvaraj berkata, perlawanan itu akan berlangsung di Ipoh, Perak dengan New Zealand bakal dibarisi barisan terbaik mereka.

"New Zealand dijangka tiba pada 28 April dan kemudian kami mengatur satu perlawanan dengan mereka pada 1 Mei di Ipoh. Mereka pastinya dibarisi pemain terbaik kerana ia juga adalah sebagai persiapan mereka untuk beraksi di Olimpik.

"Kami juga cuba aturkan perlawanan dengan Pakistan kerana pasukan negara akan bermain dengan mereka dalam satu kumpulan yang sama di Piala Negara-Negara," katanya.


Piala Sultan Shah yang akan berlangsung dari 4 sehingga 11 Mei depan menyaksikan penyertaan enam pasukan iaitu Kanada, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Malaysia selaku juara bertahan.

Skuad negara kemudian akan beraksi di Piala Negara-Negara dekat Poland yang akan bermula 31 Mei sehingga 9 Jun depan.

Sementara itu, pada sesi latihan pertama semalam, seramai 42 daripada 46 pemain melaporkan diri di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Empat pemain yang tidak hadir adalah T Perabu, Muhammad Arif Syafie Ishak, Andywalfian Jeffrynus dan Faizal Saari.

"Perabu tarik diri di saat akhir kerana hal peribadi, Arif Syafie dan Andywalfian cedera belum pulih manakala Faizal Saari berkasi di Bangladesh dan akan kembali bersama pada 15 April depan.

"(Muhammad) Syafiq Hassan menggantikan Perabu, dia ada hubungi saya untuk meminta diberikan peluang dan saya beri peluang kepadanya untuk buktikan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... d-uji-speedy-tigers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.042138 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list