CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2887|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kilang proses barang terpakai dalam ladang sawit diserbu

[Copy link]
Post time 20-3-2024 12:51 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA warga asing yang ditahan dalam serbuan Op Lusuh di Telok Panglima Garang, Banting. FOTO Ihsan Polis

Kuala Lumpur: Beroperasi di dalam kawasan ladang kelapa sawit yang terletak jauh dari jalan utama bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Namun, aktiviti kilang memproses barangan terpakai untuk mendapatkan sisa berharga seperti emas di Telok Panglima Garang, Selangor, itu dibongkar pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi serbuan semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan, Operasi dan Rekod (D4) JSJ Bukit Aman Datuk S Shanmugamoorthy berkata, serbuan Op Lusuh dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi pada 11 pagi.

Katanya, antara agensi terbabit Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar (Jas), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Pejabat Tanah Kuala Langat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM).



"Siasatan awal mendapati kilang disyaki menjalankan aktiviti memproses barangan elektrik dan sisa barangan berjadual untuk diekstrak mengeluarkan elemen berharga seperti emas, plumbum dan uranium.

"Pemeriksaan dilakukan turut menemui lima tan kabel milik TM yang tidak sepatutnya disimpan di kilang itu dan disyaki barangan curi dianggarkan bernilai RM 156,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Shanmugamoorthy berkata, polis menahan pemilik premis iaitu lelaki tempatan berusia 38 tahun untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55 Akta Imigresen 1959/63.

Selain itu, katanya, seramai 49 pekerja warga asing terdiri daripada Bangladesh, Nepal, Myammar dan China turut ditahan dalam serbuan berkenaan.

Tambahnya, semakan mendapati kilang itu beroperasi tanpa lesen dan MPKL mengeluarkan dua notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKL (2007) manakala JAS mengeluarkan kompaun mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127) kerana melanggar syarat pengurusan bahan terpakai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adang-sawit-diserbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.074276 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list