CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3257|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pempengaruh jadi 'alat' pemasaran along

[Copy link]
Post time 20-3-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial sering dijadikan 'alat' mempromosikan tawaran pinjaman oleh sindiket pinjaman wang haram atau along.

Perkara itu didedahkan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) yang menerima maklumat dan aduan berhubung tindakan sindiket berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Saravanan Thambirajah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kumpulan sindiket itu akan mempergiatkan promosi mereka menjelang musim perayaan.

"Berdasarkan maklumat, kes pinjaman wang oleh syarikat pinjaman wang tidak berlesen semakin meningkat kebelakangan ini.



"Sindiket menggunakan pelbagai taktik bagi menarik peminjam termasuk menggunakan pempengaruh media sosial sebagai bahan (alat) pemasaran produk mereka.

"Justeru, orang ramai perlu mengelakkan diri daripada terjerat pinjaman itu kerana anda boleh terikat dengan kadar bunga yang tinggi," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai sindiket along yang kini dikesan giat mempromosikan pinjaman hari raya Aidilfitri dengan menjadikan gadis Melayu sebagai 'umpan' menarik peminjam, terutama orang Islam yang akan menyambut perayaan itu.

Sindiket dipercayai menggunakan gadis Melayu bagi mempromosikan tawaran pinjaman di media sosial dan menyasarkan mereka terdesak untuk menggunakan wang pada musim perayaan.

Ditanya mengenai taktik baharu itu, Saravanan berkata, setakat ini pihaknya belum menerima aduan mengenai modus operandi terbabit.

Bagaimanapun, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terjebak dengan sebarang promosi pinjaman wang di media sosial.

"Elakkan meminjam dengan pihak itu kerana kadar bunga tinggi selain akan menerima ancaman serta gangguan along.

"Sentiasa berjimat dan berhemat ketika berbelanja di bulan Ramadan dan musim perayaan akan datang. Jangan boros dan membazir," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lat-pemasaran-along
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.133514 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list