CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2272|Reply: 1

[Selangor] JAIS masih membisu, ibu bapa serang FB rayu murid pakai baju sukan

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode

Ibu bapa merayu murid KAFA dibenarkan memakai pakaian sukan ke sekolah ketika berdepan cuaca panas. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Laman Facebook Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ‘dihujani’ dengan rintihan serta luahan ibu bapa yang mahu murid Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri itu dibenarkan memakai pakaian sukan seperti tahun lepas.

Ini kerana dakwa mereka, pakaian KAFA ketika ini tidak sesuai ekoran cuaca panas yang mencatatkan suhu sehingga 38 darjah Celsius sejak kebelakangan ini.

“Mohon ada sedikit timbang rasa kepada anak-anak. Keadaan cuaca yang panas terik. Dalam kelas terasa bahang, bulan puasa ni lagilah terasa dahaganya. ‘Dehydrated, risiko strok haba lagi,” luah Safrol Azlynn.

Sekarang ini KAFA integrasi di negeri itu mewajibkan pemakaian uniform penuh kepada murid iaitu dengan pakaian baju Melayu, bersamping dan songkok bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan.

Pekeliling bagi sesi persekolahan 2024/2025 itu menyebut sekolah agama kendalian jabatan itu tidak terikat dengan peraturan ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Turut meninggalkan rintihan adalah seorang lagi ibu bapa dikenali sebagai Wariey Jamal.

“Tak salah pun JAIS ikut apa yang KPM (Kementerian Pendidikan) buat. Tak jatuh martabat pun. Tolonglah bertimbang rasa sikit,” tulisnya.

Terdahulu, menerusi hantaran di laman Facebook Mohd Fadhi Salleh ada ibu bapa kecewa kerana rintihan mereka kepada JAIS menerusi emel seolah-olah tidak mendapat respon yang baik serta didakwa menguris hati ibu bapa.

“Assalamualaikum cikgu, saya sudah buat aduan untuk kedua-dua sekolah pagi dan agama petang. Tadi baru saya call (telefon) JAIS, pegawai yang beri jawapan.

“Baju anak puan tebal sangat ke???, pakaian seragam agama tu dah memang lama. Kenapa sekarang nak complain (buat aduan)?.

“Kalau anak puan nak pakai t-shirt, buat surat doc (doktor), serahkan pada sekolah,” luah ibu dikenali Asmah Azmi kepada Mohd. Fadhli.

Kata Mohd. Fadhli, KPM telah pun buat pengumuman untuk sekolah rendah diberi kelonggaran, diharap JAIS pun buat perkara yang sama.

“Harap sangat jika ada kawan-kawan ada kenalan yang berpangkat tinggi di JAIS untuk panjangkan isu ini.

“Sama-sama kita permudahkan urusan anak-anak kita belajar dalam keadaan lebih selesa di bulan Ramadan dan cuaca panas ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... d-pakai-baju-sukan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 11:09 AM | Show all posts
apa laa salahnyaa bagi pakai tshirt. buat mcm sblm ni je sapa nak pakai tshirt pakai laa sapa nak pakai uniform pakai laa.. geram gak ngan JAIS ni. ingat mak mak ni pemalas sgt ke. org pikir cuaca skrg ni. nak bersamping bersongkok bagai jalan pegi sekolah tgh2 panas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.356105 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list