CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18824|Reply: 0

[Sarawak] Pandang serius simptom kemurungan atau meroyan

[Copy link]
Post time 19-3-2024 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Perubahan tingkah laku, pertuturan boleh jadi petunjuk seseorang ibu alami simptom meroyan selepas bersalin



Nancy ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kenderaan Tahun 2024 di Kuching, hari ini.

KUCHING: Pasangan atau ahli keluarga perlu ambil peduli dan memandang serius tentang simptom kemurungan atau meroyan yang dialami dalam kalangan ibu yang baru melahirkan anak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, perubahan mendadak dalam tingkah laku atau pertuturan boleh menjadi petunjuk seorang ibu mengalami simptom meroyan selepas bersalin.

“Kita tidak boleh mengambil mudah tentang perkara ini kerana ia boleh mengundang bahaya kepada orang sekeliling.

“Sebilangan orang, mungkin mereka tidak biasa dengan situasi tersebut. Mereka mungkin merasakan bahawa itu adalah sesuatu yang normal, namun sebenarnya tidak.

“Oleh itu, ahli keluarga khususnya suami walau sesibuk mana pun, dia perlu ambil tahu keadaan isteri terutama yang baru melahirkan anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kenderaan Tahun 2024 di sini, hari ini.

Nancy diminta mengulas kejadian seorang wanita berusia 32 tahun mengelar anak kandungnya iaitu bayi lelaki berusia setahun enam bulan di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, Johor, pada 16 Mac lalu.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata, kemurungan selepas bersalin bukannya perkara baru namun boleh membimbangkan jika tidak dirawat.

“Tahap kemurungan mungkin berbeza antara seorang dengan yang lain. Biarpun ada ubat yang boleh membantu mengurangkan masalah kemurungan pada ibu yang baharu bersalin tetapi kita masih perlu berhati-hati.

"Mereka ini tidak boleh dibiarkan bersendirian terutama bersama bayi yang masih kecil dan kerana itu penting bagi ahli keluarga untuk bersama ibu," katanya.

Sementara itu, Nancy berkata kementeriannya akan mempertimbangkan untuk mengadakan kempen khusus bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya meroyan dalam kalangan ibu baru bersalin.

“Kita cuba sedaya upaya kerana ia sungguh membimbangkan dan menakutkan, kita tahu perkara ini berlaku tapi bila sampai anak tercedera, kita berharap ia tidak berlaku lagi.

“Kita akan lihat apakah jenis peringatan yang boleh kita lakukan tetapi intervensi ini tidak boleh dilakukan hanya kementerian, ia juga memerlukan kerjasama daripada pihak swasta,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047532 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list