CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18924|Reply: 0

[Sarawak] Festival Tatu Antarabangsa Kuching tampilkan dua penyanyi luar negara

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:50 PM | Show all posts |Read mode


Snowdan (dua kanan) mempamerkan tatu tradisi Sarawak di badan pada sidang media bersama jawatankuasa penganjur ekspo hari ini.

KUCHING: Festival Tatu Antarabangsa Kuching yang diadakan pada 5 hingga 7 April depan di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) bakal menampilkan dua penyanyi luar negara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, dua penyanyi antarabangsa iaitu Tanya dari Belanda dan Jamie Clarke daripada kumpulan The Pogues dari United Kingdom.

“Ekspo ini melibatkan beberapa negara yang aman mempamerkan seni tatu mereka dan tatu adalah seni.

“Selain pameran ekspo, dimaklumkan juga UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) turut serta di mana mereka akan melakukan kajian khasnya tatu Iban.

“Ia berkaitan dengan motif tatu selain asal-usul tatu berkenaan. Tambahan banyak peserta terlibat termasuk antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Ekspo Tatu Antarabangsa Kuching 2024 di pejabatnya di sini, hari ini.

Tambah Snowdan selain pameran pelbagai aktiviti kebudayaan turut diadakan termasuk persembahan sape, muzik tradisional serta kraf tangan untuk dijual.

“Kita berharap penganjuran ekspo sebegini akan terus konsisten di mana kementerian sentiasa memberi sokongan.

“Ini khasnya dalam seni dan budaya kita,” katanya.

Snowdan berkata bagi kementerian, mereka amat menyokong acara sedemikian yang akan mengangkat seni tatu ke mata dunia.

“Ini sesuatu yang berkaitan dengan seni walaupun di badan. Kita mempunyai 34 etnik di negeri ini yang mempunyai seni masing-masing termasuk ukiran atau tatu,” katanya.

Anjuran bersama Skrang Tattoo and Piercing Studio dengan Inkzation Tattoo Studio, sebanyak 45 gerai tatu akan disediakan semasa ekspo, termasuk gerai yang dikendalikan oleh artis tatu dari Belanda, Sweden, India, Indonesia, Filipina, Semenanjung Malaysia dan perkhidmatan menindik oleh artis Perancis.

Untuk maklumat lanjut mengenai ekspo tersebut, peserta yang berminat boleh melayari laman Facebook Kuching Tattoo Expo 2024 dan bayaran masuk ke ekspo itu ialah RM15 seorang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.074558 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list