CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17792|Reply: 0

[Sarawak] Pinjaman wang tidak wujud, pengurus syarikat rugi RM26,240

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:44 PM | Show all posts |Read mode


ZULKIPLI

SIBU: Seorang pengurus syarikat di sini mengalami kerugian berjumlah RM26,240 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pinjaman wang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berusia dalam lingkungan 50-an itu pada mulanya tertarik dengan iklan pinjaman wang di laman sosial Facebook pada 14 Mac lalu.

Menurutnya, mangsa telah berhubung dengan wakil syarikat pinjaman berkenaan iaitu 'IJM Financial' melalui WhatsApp untuk membuat pinjaman sebanyak RM35,000.

"Mangsa kemudiannya diarah untuk menyerahkan dokumen pengenalan diri bagi tujuan pendaftaran permohonan dan diminta untuk membuat bayaran bagi tujuan pemprosesan pinjaman.

"Tanpa berfikir panjang, mangsa membuat lima kali pindahan wang berjumlah RM26,240 ke dalam dua akaun bank tempatan sepertimana diarahkan oleh suspek," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas kesemua transaksi pindahan wang dilakukan, namun wang pinjaman masih belum dikreditkan ke dalam akaun mangsa.

Sementara itu dalam kes lain, Zulkipli berkata seorang pekerja khidmat pelanggan wanita berusia 40-an mendakwa kerugian RM16,266 akibat diperdaya sindiket penipuan skim pelaburan secara dalam talian.

Katanya, mangsa telah menekan satu pautan dan menerima pesanan ringkas daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Olivia
"Mangsa dijanjikan pulangan 30 hingga 50 peratus bagi setiap pelaburan berdasarkan tugasan yang diberikan.

"Tanpa curiga, wanita itu telah membuat lima transaksi pindahan wang berjumlah ke tiga akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM16,286," katanya.

Menurutnya, suspek mengarahkan mangsa untuk memasukkan lagi wang berjumlah RM40,000, namun mangsa berasa curiga dan menyedari dirinya telah diperdayakan.

Kedua-dua individu terbabit telah tampil membuat laporan balai polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.058539 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list