CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14641|Reply: 0

[Sarawak] Suri rumah rugi RM31,700 terpedaya iklan barang rumah terpakai

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:33 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Gara-gara tertarik dengan iklan pembelian barangan rumah terpakai di laman sosial, seorang suri rumah kerugian RM31,700 apabila menjadi mangsa penipuan tawaran dalam talian.
   
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
   
Katanya, pada 17 Mac lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri telah menerima satu laporan polis berhubung kes tipu "tawaran dalam talian" membabitkan seorang wanita berusia lingkungan 60-an dari Miri.
   
"Mangsa merupakan seorang suri rumah dan telah berminat dengan iklan pembelian barangan rumah terpakai dan besi buruk yang diiklankan di laman sosial Facebook sekitar Februari lalu.
   
"Pada 15 Mac lalu, mangsa telah dihubungi oleh suspek untuk urusan jual beli barangan rumah terpakai yang hendak dibelinya daripada suspek," katanya.
   
Berikutan itu kata Alexson, mangsa telah diberikan oleh suspek pautan untuk memuat turun satu aplikasi bagi tujuan pembayaran deposit untuk barangan yang hendak dibelinya.
   
Mangsa kemudian cuba memasukkan nama pengguna dan kata laluan perbankan Internet miliknya beberapa kali ke dalam aplikasi itu untuk membayar deposit namun gagal.
   
"Selepas itu, mangsa mendapati wang dari dua akaun bank miliknya telah berkurangan dengan anggaran jumlah keseluruhan RM31,700.
   
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun serta tidak melebihi 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan," ujar beliau lanjut.
   
Sehubungan itu, Alexson menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan setiap tawaran atas talian yang diiklankan di  media sosial seperti Facebook, Telegram, Instagram dan sebagainya.
   
Selain itu katanya, orang ramai juga harus memastikan setiap tawaran atas talian dalam media sosial disemak terlebih dahulu sama ada ia wujud atau sebaliknya dengan mana-mana pihak yang berkenaan dan pada masa sama jangan sesekali memuat turun aplikasi yang tidak pasti bagi tujuan pembayaran menggunakan perbankan internet.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/suri-rumah-rugi-rm31700-terpedaya-iklan-barang-rumah-terpakai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051155 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list