CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12926|Reply: 0

[Sarawak] PETRONAS diminta perbanyak biasiswa pendidikan untuk pelajar Sarawak

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:31 PM | Show all posts |Read mode


Hasbi (enam kiri) menyaksikan penyerahan bantuan PETRONAS kepada golongan asnaf.

LIMBANG: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang merupakan syarikat minyak dan gas multinasional di negara ini diminta agar memperbanyakkan lagi biasiswa pendidikan untuk pelajar Sarawak terutama anak-anak tempatan di bahagian Limbang.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata ramai anak-anak Limbang dan Lawas yang merupakan pelajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta memerlukan biasiswa pendidikan itu.

Katanya biasiswa itu penting dalam membantu anak-anak Sarawak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, melahirkan  modal insan di semua peringkat sekali gus melahirkan bakat yang mampan dan berterusan bagi Petronas, industri, dan juga negara.

“Saya minta kalau boleh PETRONAS  memberi peluanglah kepada anak-anak tempatan di Limbang dan Lawas untuk pemberian biasiswa PETRONAS  selain sumbangan kepada golongan asnaf.

“Saya tahu PETRONAS banyak memberikan biasiswa dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Anjuran PETRONAS di Masjid Baitul Iman Daerah Limbang baru-baru ini.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata lagi ramai anak-anak di Limbang dan Lawas yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional daripada Giat Mara dan institusi pendidikan teknikal yang ada di bahagian ini dan Sarawak.

Tambahnya mereka juga perlu diberi peluang untuk bekerja dalam sektor minyak dan gas di syarikat Petronas itu sendiri.

Hasbi juga optimis  PETRONAS  adalah syarikat yang terbaik untuk anak-anak tempatan menimba pengalaman bekerja dan  meneruskan pendidikan dan matlamat kerjaya.

Katanya lagi sumbangan PETRONAS kepada 30 orang golongan asnaf pada program itu mampu meringankan beban mereka menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Program itu katanya menunjukkan  komitmen berterusan PETRONAS untuk membantu dalam menyediakan keperluan asas kepada golongan kurang berkemampuan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.049760 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list