CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12077|Reply: 0

[Sarawak] Dua lelaki gaduh guna kerusi plastik ditahan di Sarikei

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:30 PM | Show all posts |Read mode


Tangkap layar rakaman video tular memaparkan dua lelaki bergaduh di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Pinang Laka, Sarikei yang telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

SARIKEI: Dua lelaki yang bergaduh di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Pinang Laka, di sini, baru-baru ini, telah ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sarikei P/Supt Aswandy Anis berkata dalam rakaman video tular itu, kedua-dua lelaki tersebut didapati bergaduh menggunakan kerusi plastik.

"Berikutan satu laporan telah dibuat, pihak polis telah bertindak menahan dua lelaki tersebut bagi membantu siasatan pihak polis.

"Kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan atas kesalahan gaduh gempar di tempat awam," kata Aswandy dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Aswandy, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum denda sehingga RM1,000.00 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

"Pihak polis memandang serius terhadap apa-apa kejadian yang boleh menggugat ketenteraman awam di daerah ini.

"Sehubungan dengan itu, pihak polis ingin menyeru kepada masyarakat agar terus menyalurkan apa-apa sahaja maklumat kejadian jenayah kepada pihak polis," ujar Aswandy lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.579243 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list