CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5992|Reply: 0

[Sabah] Tiga tahun terajui kerajaan, banyak kejayaan dicipta kerajaan

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:12 PM | Show all posts |Read mode


MAZLAN

KOTA KINABALU: Disebalik ejekan slogan dan dakwaan terhadap kerajaan hari ini kononnya telah gagal membawa kemajuan, sebilangan tidak menyedari Kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah membawa pelbagai kemajuan dalam masa tiga tahun.

Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri, Mazlan Joehari Manan (gambar) berkata, slogan 'Sabah Maju Jaya' yang dirangka bukan sekadar ungkapan tetapi turut meliputi misi dan halatuju dengan satu matlamat jelas iaitu untuk maju ke hadapan.

"Sabah Maju Jaya adalah satu slogan untuk mengajak dan membawa aspirasi rakyat Sabah bergerak maju ke hadapan untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan dari segi pembangunan dan modal insan.

"Slogan ini juga adalah misi dan hala tuju kerajaan Sabah pada hari ini. Maksud yang tersurat dan tersirat daripada slogan ini amatlah mudah difahami dan di hadam oleh rakyat Sabah memandangkan ia sudah tertera di dalam jata negeri Sabah.

"Dan ia (slogan) telah dipolemikkan oleh pemimpin politik terutamanya pembangkang. Seruan dan niat ikhlas pimpinan kerajaan hari ini tidak lain ialah untuk memartabatkan slogan itu dalam setiap pentadbiran kerajaan.

"Rakyat pula telah diperkotak katikkan oleh pemimpin pembangkang dengan niat mahu menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan Sabah pada hari ini terutamanya Ketua Menteri Sabah, " katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Lumadan berkata, pembangkang yang telah mempolemikkan slogan kerajaan perlu ingat bahawa mereka juga pernah bersama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dahulu sebelum bertindak mengganggu gugat kestabilan politik Sabah.

"Akibat kerakusan politik dengan niat yang tidak ikhlas untuk Sabah, pembangkang mulai membawa cerita kegagalan dan tidak mengakui kesilapan dan kekurangan diri sehingga sanggup mengadu domba, menghasut pimpinan dan rakyat untuk mencapai niat politik untuk terus memporak porandakan kestabilan politik Sabah.

"Dalam menjayakan hala tuju dan misi kerajaan, Ketua Menteri dan pimpinan kerajaan Sabah hari ini bukanlah ahli silap mata atau pun 'pak nujum' yang mampu membuat perubahan dalam sekelip mata.

"Akan tetapi memerlukan masa kerana kerangka hala tuju dan misi disusun sebaiknya agar Sabah dapat mencapai kemajuan yang lebih baik dan terjamin untuk hari esok dan masa depan.

"Pelbagai halangan dan rintangan telah dilalui termasuklah pandemik COVID-19 yang banyak merencatkan pembangunan dan misi kerajaan. Namun demikian dalam tempoh itu jugalah sudah banyak perancangan dan kejayaan yang mampu dihasilkan kerajaan pimpinan Hajiji.

"Antara kejayaan ialah peningkatan pendapatan negeri Sabah yang melebihi rekod pendapatan mana-mana kerajaan Sabah sebelum ini, hasil perundingan dengan kerajaan Persekutuan dan kelantangan kerajaan Sabah juga menghasilkan peningkatan pemberian khas tahunan kerajaan Persekutuan kepada Sabah sebanyak RM300 juta.

"Perundingan yang baik bersama Petronas, kelantangan dan ketegasan kerajaan negeri dalam berunding juga telah menghasilkan pelbagai perkara telah dipersetujui oleh Petronas kepada kerajaan Sabah

"Konsep mesra pelabur yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri dan kerajaan Sabah juga telah membawa kemasukan pelbagai syarikat-syarikat besar dunia untuk membuat pelaburan di Sabah dengan mencipta pelbagai peluang pekerjaan kepada anak Sabah seperti syarikat Kibing, SK Nixilis, Esteel dan Linaco, " katanya.

Tambahan itu, Mazlan berkata dengan kejayaan pendapatan hasil kerajaan yang baik pada hari ini, ia membolehkan kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk kemajuan rakyat Sabah terutamanya di bidang pendidikan.

"Dengan itu kerajaan dapat memberi bantuan one-off kepada semua pelajar-pelajar IPTA dari golongan B40; bantuan komputer kepada pelajar; bantuan kewangan kepada pelajar SPM dan STPM Sabah.

"Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan skim Rumah SMJ yang telah banyak membantu ramai rakyat miskin di Sabah memiliki rumah, dengan sebanyak 20 buah rumah diperuntukkan untuk setiap DUN setahun.

"Dalam belanjawan tahun ini, jumlah peruntukan biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada anak-anak Sabah yang belajar di IPT telah dinaikkan demi membantu anak-anak Sabah memperoleh pendidikan lebih baik dan membawa lebih banyak kemajuan kepada Sabah, " katanya.

Tambah beliau, pelbagai inisiatif dan perancangan kerajaan Sabah akan dilaksanakan demi pembangunan dan kemakmuran Sabah di masa depan.

"Oleh itu, kestabilan politik dan kejujuran pimpinan dalam membawa kemajuan kepada Sabah amat penting. Kita yakin dan percaya atas kematangan dan pertimbangan yang wajar, rakyat Sabah akan terus memberikan sokongan dan berdiri teguh bersama pimpinan kerajaan pada hari ini.

"Hanya dengan kestabilan dan kekukuhan politik dan kerajaan yang boleh membawa lebih banyak kemajuan kepada Sabah dan rakyatnya, " katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.072024 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list