CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4471|Reply: 0

[Sabah] CoBT Kiulu ke arah pengakreditasian standard pelancongan ASEAN

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:08 PM | Show all posts |Read mode


AKREDITASI: Joniston bersama pasukan kayak di Kem Tepi Sungai Kipumpun dan Pusat Pelancongan Stand-Up Paddle di Kiulu.

KOTA KINABALU: Pengendali pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di Kiulu sedang menuju ke arah mendapatkan akreditasi Standard Pelancongan ASEAN.

Pusat pelancongan yang terlibat ialah Eko-Pelancongan Lingga, Eko-Pelancongan Murug Turug, dan Pusat Rekreasi Bambangan Lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pengendali yang telah disenarai pendek, pencalonan mereka akan diserahkan kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) bagi Kategori Standard Pelancongan Berasaskan Komuniti ASEAN.

Katanya, ia adalah perkembangan positif bagi penduduk Kiulu dan satu kemajuan bagi penduduk luar bandar dalam pelancongan.

“Untuk mendapatkan akreditasi Standard ASEAN ini kami akan memastikan kesediaan Kiulu terhadap amalan pelancongan mampan.

“Ia termasuklah memelihara warisan sosiobudaya dan sumber semula jadi, selain dapat menyumbang kepada kesejahteraan ahli komuniti,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata demikian dalam majlis pelancaran Kem Kipumpun Riverside dan Pusat Pelancongan Stand-Up Paddle di Kiulu, pada Ahad. Turut hadir, Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu Meijin Maginggow.

Menurutnya, akreditasi ini meletakkan Kiulu di pentas antarabangsa yang dapat menarik lebih ramai pelancong untuk menikmati alam semulajadi dan menyokong produk tempatan.

“Ia juga dapat meningkatkan ekonomi komuniti Kiulu dengan menjana pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaa, dan merangsang perniagaan produk tempatan.

“Selain itu, ia memberi kuasa kepada ahli penduduk untuk mengusahakan sendiri aktiviti pelancongan dan memupuk rasa bangga dengan aset budaya serta alam sekitar mereka,” katanya.

Joniston berkata, Piawaian CoBT ASEAN berfungsi sebagai rangka kerja yang memberikan petunjuk prestasi komprehensif pengurusan produk pelancongan serta diselaraskan dan dikendalikan oleh komuniti melalui Jawatankuasa CoBT.

Katanya, Kiulu telah berkembang dengan pesat daripada mempunyai sejumlah kecil pengendali pelancongan kepada lebih 70 perniagaan yang kebanyakannya adalah CoBT.

“Kiulu, bersama-sama Kadamaian, telah dipilih sebagai projek rintis untuk projek pembangunan pelancongan luar bandar pada 2014.

“Kedua-dua kawasan ini telah menghasilkan transformasi yang besar dan peralihan ketara dalam bilangan pelancong berkunjung ke kawasan luar bandar,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.150482 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list