CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3359|Reply: 0

[Sabah] Empat lelaki terbabit kes samun guna senjata ditahan

[Copy link]
Post time 19-3-2024 08:00 PM | Show all posts |Read mode


SAMUN: Antara suspek yang ditahan disyaki terbabit kes samun guna senjata.

TAWAU: Empat lelaki termasuk dua warga asing ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes samun berkumpulan menggunakan senjata ke atas seorang wanita di daerah ini, Jumaat lalu.  

Keempat-empat suspek berusia 16 hingga 43 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, dalam serbuan di sebuah rumah, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku pada jam 5.20 pagi, ketika mangsa iaitu seorang wanita keluar rumah untuk bekerja.

Katanya, mangsa disamun oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali dan beg tangan milik mangsa dilarikan oleh suspek.

“Bertindak atas laporan yang dibuat mangsa, pasukan polis menjalankan serbuan di sebuah rumah dan menahan empat suspek disyaki terlibat kes samun.

“Polis turut merampas sebilah parang bersarung, tali, dan selipar yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, soal siasat mendapati dua daripada suspek adalah warga asing yang tinggal di negara ini tanpa mempunyai dokumen perjalanan yang sah
Selain itu, katanya salah seorang suspek juga mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Polis turut menemukan beg tangan mangsa yang berisi dokumen penting disembunyikan oleh suspek di rumah berkenaan.

“Semua suspek bersama barang rampasan dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056067 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list