CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2910|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lelaki didakwa curi pikap, langgar mati penunggang motosikal

[Copy link]
Post time 19-3-2024 02:55 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh (dua kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini, atas empat pertuduhan termasuk melanggar sehingga menyebabkan kematian ke atas seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Felda Palong 12, di sini, bulan lalu.

JEMPOL – Seorang lelaki berdepan empat pertuduhan di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini, termasuk melanggar sehingga menyebabkan kematian ke atas seorang penunggang motosikal selepas melakukan jenayah di Felda Palong 12, di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Lee Han Chai, 47, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah memandu dengan cara berbahaya kepada orang awam iaitu semasa bergerak lurus telah melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y80 sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5.45 pagi di Jalan Besar Palong 12, pada 28 Februari lalu serta berdepan tuduhan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah peruntukan dan akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua pula, kira-kira pukul 9.35 pagi, bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol telah didapati memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya disyaki jenis nethamphetamine.

Tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama dengan Seksyen 38B akta yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh bersama-sama tiga individu yang masih bebas telah mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berwarna coklat bernilai RM120,000 kepunyaan sebuah syarikat.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh bersama tiga lagi individu yang masih bebas telah mencuri 4×4 jenis sama berwarna hitam berharga RM160,000 kepunyaan seorang lelaki berusia 50 tahun.

Perbuatan itu masing-masing dilakukan kira-kira pukul 3.23 pagi, di hadapan sebuah rumah di Taman Ache dan kira-kira pukul 3.20 pagi, di hadapan sebuah rumah di Taman Sornam pada 28 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri manakala tertuduh diwakili peguam, Sarinah Mustafa.

Kesemua pertuduhan akan disebut semula pada 10 Mei ini bagi serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... nunggang-motosikal/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.046801 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list