CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2807|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ikrar muatan perabot rupanya seludup rokok RM7.92 juta

[Copy link]
Post time 19-3-2024 02:54 PM | Show all posts |Read mode

Roselan (kiri) ketika sidang akhbar rampasan rokok seludup di Stor Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang, Butterworth, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mematahkan sindiket cubaan penyeludupan rokok putih yang dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor, 7 Mac lalu.

Pengarahnya, Roselan Ramli berkata, rampasan itu dijalankan sepasukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri selepas menahan sebuah kontena kira-kira pukul 10.40 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kontena itu menemui 900 kotak bersamaan dengan sembilan juta batang rokok putih yang disyaki tidak berkastam melibatkan nilai anggaran RM1.8 juta dan cukai berjumlah RM6.12 juta.

“Siasatan awal mendapati kontena tersebut dikendalikan sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang dan ia diimport oleh sebuah syarikat berstatus Sendirian Berhad di Selangor.

“Semakan ‘bill of lading’ pula mendapati barangan tersebut diikrarkan sebagai perabot bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Menerusi dokumen yang diperolehi, dagangan ini disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Tenggara,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Jermal di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, rokok terbabit dipercayai akan dijual kepada pekerja warga asing di negara ini dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek terlibat.  – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -rokok-rm7-92-juta/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.117431 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list